Wednesday, May 26, 2010

Konvoi ke Gaza : Niat Suci Merentas Laut Mediterranean

(sumber:lifeline4gaza.org)

Alam ini dicipta oleh Allah berkeadaan seimbang . Seimbangnya dari pelbagai aspek , sama ada dari segi komposisi sumbernya kepada setiap hidupan untuk meneruskan kemandirian spesis atau pun keseimbangan ekosistemnya yang menjamin kitaran alam semulajadi , peredaran malam dan siang , tiupan angin , kitaran hujan dan pelbagai lagi ciptaan Allah yang sudah jelas di hadapan kita . Maka , keseimbangan yang wujud merupakan hak-hak yang diberikan Allah kepada alam semesta ini .Manusia diberi tanggungjawab untuk memeliharanya sebagaimana firman Allah dalam surah al-A'raf ayat ke-56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di bumi setelah(diciptakan) dengan baik.. “. Jika keseimbangan ini terjejas , alam akan bergelut untuk mengembalikan keadaan asal . Sebab itulah berlakunya pelbagai jenis bala bencana , gempa bumi , tsunami dan sebagainya . Semua ini merupakan proses meneutralkan keadaan .

Setiap manusia juga memiliki hak masing-masing , hak untuk memiliki , hak bersuara , dan juga hak memberi . Hak untuk memiliki sesuatu sering dinafikan oleh kebanyakan manusia . Namun , agak ganjil jika hak untuk memberi juga dinafikan dan ditentang . Apatah lagi jika sesuatu yang ingin diberi itu adalah satu kebaikan dan ianya sesuatu yang diperlukan dalam keadaan terdesak . Analoginya seperti seorang doktor peribadi yang dinafikan hak memberi ubat kepada pesakit nya sendiri . Jika hak manusia dinafikan , manusia akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan haknya sepertimana apa yang berlaku terhadap alam semesta .

Pada hari ini , Konvoi Kemanusiaan Antarabangsa yang disertai oleh lebih 750 orang aktivis daripada lebih 40 buah Negara telah bersiap sedia untuk meneruskan pelayaran bersama niat murni menjulang ‘hak memberi’ mereka ke sempadan Gaza . Menurut sumber dari laman web lifeline4 Gaza (lifeline4gaza.org) , beberapa buah kapal lagi akan bergabung dengan rombongan ini yang telah memulakan pelayaran dari pelabuhan istanbul sejak sabtu lalu . Dengan harapan yang tinggi , aktivis kemanusiaan ini sanggup meninggalkan tanah air , keluarga, anak-anak , serta harta benda mereka demi melaksanakan tuntutan kemanusian ke atas penduduk gaza . Seramai 6 orang sukarelawan dari Malaysia yang terdiri daripada aktivis-aktivis beberapa buah NGO tempatan seperti JIM,Haluan , dan lain-lain telah mewakili rakyat Malaysia menyatakan hasrat suci membanteras perlakuan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang membina tembok kematian disekeliling Gaza yang merupakan mimpi ngeri bagi rakyat daerah tersebut .

(sumber:lifeline4gaza.org)

Menurut sumber , sebelum konvoi sukarelawan ini berlepas, mereka sudah pun menerima pelbagai ancaman dari pihak zionis yang tidak membenarkan sebarang bantuan sampai ke gaza . Ini juga adalah suatu bentuk penafian hak . Dalam hal ini , Zionis Israel yang terkenal dengan sikap kebinatangan mereka dan jaguh dalam mencabuli perjanjian damai atau apa jua perjanjian, cuba bertindak menafikan hak sukarelawan yang mewakili hampir separuh penduduk dunia . Namun , niat suci yang tertambat di hati langsung tidak menggetarkan hati para sukarelawan kita . Tn Haji Norazman yang merupakan ketua wakil NGO-NGO Malaysia menyatakan dalam pidatonya “Saya berdiri di sini mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta orang,” beliau menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan tetap berusaha untuk sampai ke Gaza, “Walaupun kami terpaksa berenang ke pantai Gaza!”(sumber:lifeline4gaza.org). Visi yang jelas amat penting untuk mencapai keyakinan mutlak . Ditanya kepada kepimpinan rombongan apakah plan B dan plan C jika rombongan tidak Berjaya sampai ke Gaza ?, maka mereka menjawab”plan A adalah sampai ke Gaza , plan B adalah sampai ke Gaza dan plan C juga adalah sampai ke Gaza!! “. Dengan semangat seperti ini , InsyaAllah para sukarelawan kita akan berjaya sampai ke Gaza walau apa jua halangan dan ancaman oleh rejim zionis .

Kedangkalan Zionis tidak dapat dinafikan oleh semua manusia yang berjiwa murni . Malah , catatan sirah telah membuktikan sikap pelampau yahudi sejak zaman Rasullallah lagi . Hal ini tercatat melalui kisah tercetusnya peperangan dengan Bani Nadhir ,satu kejiranan Yahudi yang juga menghuni perkampungan Madinah Al-Munawarrah . Peperangan ini tercetus kerana tabiat jahat dan sikap khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi itu sendiri . Mereka mencabuli perjanjian keamanan yang telah diikat dengan orang Islam dengan melakukan satu komplot jahat untuk membunuh Rasullallah ketika Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir . Baginda telah bersandar ke dinding rumah kaum itu . Tiba-tiba , mereka melontarkan batu dari atas rumah kearah Baginda . Baginda s.a.w mengetahuinya , lantas bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan . Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir memberitahu: "Kamu hendaklah keluar daripada negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku di sini. Kamu telah cuba belot." Kemudian Baginda s.a.w. memberi tempoh 10 hari kepada mereka untuk keluar dari kampung tersebut. Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari kampung mereka ekoran amaran itu. Namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munafik mengutuskan utusannya kepada mereka. Melalui utusannya, beliau melarang mereka keluar dan berjanji untuk menghantar 2,000 orang daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Justeru itu, mereka mengubah fikiran daripada keluar meninggalkan kampung halaman kepada bertahan di dalam kubu mereka. Mereka menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan: "Kami tidak akan keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kamu mahu." Oleh itu, Baginda s.a.w. bersama sahabatnya keluar untuk memerangi mereka . Setelah lama dikepung , bantuan dari kaum munafik tidak kunjung tiba .Akhirnya , kemenangan berpihak kepada orang Islam . Begitulah pengakhirannya, sikap khianat akhirnya memakan diri .

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh zionis saban hari di tanah air Palestina telah pun didemonstrasi sejak beratus-ratus tahun dahulu . Justeru, sebagai seorang muslim , kita wajib mempercayai dan meyakini bahawa suatu hari nanti Palestin akan tetap di bawah penguasaan umat Islam . Realitinya, sikap kepala batu yang ditunjukkan oleh zionis terhadap dunia pada hari ini telah membuka pekung di dada . Sikap degil dan kesombongan yang melampau ini tidak akan bertahan lama . Kekejaman zionis lama-kelamaan akan menjadi kutukan seluruh penduduk dunia . Manusia yang berperikemanusiaan akan bangkit menuntut hak-hak mereka . Mereka akan saling bantu-membantu membanteras kezaliman . Maka pada waktu itu , mereka yang dirampas dan dicabuli haknya oleh rejim zionis akan bangkit mendapatkan hak masing-masing dan ini juga adalah satu proses meneutralkan keadaan . Manusia akan menuntuk hak-hak mereka sebagaimana alam semesta . Hal ini adalah kerana manusia juga adalah sebahagian daripada alam itu sendiri .

Sekian.

0 comments:

Post a Comment