Friday, January 21, 2011

Tunisia : Protes yang mencetus revolusi

"Ibarat bara api yang panas , kepanasannya akan memanaskan arang-arang disekeliling , seterusnya menukarkan arang-arang itu menjadi bara api sepertinya."

Assalamualaikum ,

rasanya masih belum terlewat untuk saya tulis tentang negara islam yang satu ini . Aura revolusi nya masih rancak .



Tunisia

Kalau di Palestin , kezaliman terhadap orang islam dilakukan oleh kafir zionis laknatullah . Mereka kafir yang membenci islam . Hasilnya , mereka berlaku ganas dan membenci orang-orang muslimin .

Di Tunisia , lain pula ceritanya . Adapun kezaliman yang berlaku jarang menumpahkan darah sebagaimana berlakunya kezaliman di Kota Al-Quds , kemiskinan , kemelaratan , pengangguran , ketidakadilan pemerintah , korupsi dan yang sewaktu dengannya adalah bentuk kezaliman keatas rakyat jelata yang tidak kurang peritnya . Apatah lagi dilakukan oleh saudara seislam , peritnya pasti berganda .

Tunisia

Tunisia, punyai catatan sejarahnya yang tersendiri....

Selama beberapa dekad yang lalu , Tunisia telah pun terkenal dengan cubaan-cubaan kearah revolusi oleh rakyatnya demi mendapatkan hak , keadilan dan kebebasan . Sebelum mencapai kemerdekaan lagi , rakyat Tunisia terpaksa menggunakan galur-galur kebangkitan untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah Perancis . Namun , setelah negara mereka merdeka pada 20 March 1956 lain pula jadinya .

Kontradiksi kepada cubaan-cubaan rakyat melakukan revolusi ini , Tunisia juga terkenal dengan pemerintah-pemerintah yang sekular dan zalim tahap firaun .

Republik Tunisia lahir selepas runtuhnya pemerintahan monarki dimana Habib Bourguira sebagai Presiden pertama republik tersebut yang memerintah dari tahun 1957 hingga 1987 dan Zine Al-Abidine Ben Ali sebagai perdana menterinya . Habib dalam pemerintahannya sering dilihat sebagai ber-kiblatkan barat dimana beliau memperkenalkan beberapa polisi yang membuatkan majoriti rakyat muslimnya panas punggung . Antaranya beliau menghentikan organisasi hak asasi wanita dan mengharamkan poligami . Ke-sekular-an Habib Bourguiba lebih terserlah apabila beliau sering dibanding-bandingkan dengan bapa pemodenan turki , Mustafa Kamal Attaturk .

Dalam sebuah rampasan kuasa pada November 1987 , Habib Bourguira diumumkan oleh Perdana Menterinya Zine Al-Abidine Ben Ali sebagai seorang yang sudah tua dan tidak layak berada ditampuk kepimpinan selain memberi alasan perubatan . Pada 1987 , Ben Ali menggantikan Habib sebagai presiden Tunisia yang ke-2 .


The Mafia Leader

Ben Ali juga merupakan seorang muslim seperti Habib Bourguira . Jika Habib terkenal dengan pemikiran sekular , maka Ben Ali pula mudah dikenali sebagai seorang yang suka bermewah-mewah dengan kemewahan yang melampau . Asas kemewahannya adalah first lady Tunisia merangkap 'bini' beliau sendiri , Leila Ben Ali yang dipercayai kerap mendandan rambut dikala rakyat dalam kelaparan .

Selain kemewahan tahap brutal yang menghantui rakyat jelata , mimpi ngeri mereka dirancakkan lagi dengan peningkatan kadar inflasi yang tinggi , serta kemerosotan ekonomi yang radikal , dan kekurangan peluang pekerjaan hasil daripada sikap pemerintah yang dipercayaikan mengamalkan korupsi , dan pecah amanah . Ben Ali dan keluarga dilabel sebagai The Mafia oleh rakyat sendiri . Dipercayai beliau telah membuat tangkapan besar-besaran terhadap kumpulan-kumpulan dan organisasi islam di Tunisia mencontohi hasil kerja Habib Bourguiba .

Tercetusnya Revolusi

Jika revolusi Iran dicetuskan oleh Ayatollah Khomeini , seorang ulama terkemuka di Iran , maka apa yang unik pada revolusi tunisia ini ialah ianya dicetuskan oleh seorang peniaga sayur jalanan , Mohamed Bouazizi .


Hero of the year

Pada 17 December 2010 , Bouazizi nekad membakar dirinya di hadapan pejabat kerajaan sebagai tanda protes keatas kekasaran yang dilakukan terhadapnya oleh pihak polis beberapa hari sebelum itu kerana menjaja tanpa permit .

Walaupun tindakan Bouazizi dilihat sebagai gila dan tidak rasional , namun siapa tahu suatu kejutan bakal berlaku . Selepas kematian Bouazizi pada 4 Januari 2011 , berlaku suatu yang tidak disangka-sangkakan oleh seluruh dunia . Rakyat Tunisia bangkit membuat pemberontakan besar-besaran yang membawa kepada satu revolusi yang menjadi mimpi ngeri buat keluarga Ben Ali dan sekutunya . Bertitik tolakkan protes yang dilakukan oleh Bouazizi seluruh rakyat bangkit memprotes pemerintahan zalim dan korup oleh Ben Ali , sekaligus mencantasnya daripada terus kekal sebagai pemerintah Tunisia .

Secara Peribadi ,

1. Saya berpandangan bahawa revolusi Tunisia ini adalah sesuatu yang positif kerana ia melibatkan 'struggle' rakyat menuntut keadilan daripada kezaliman pemerintah .

2. Tekanan politik dan kesempitan ekonomi di Tunisia telah membelenggu rakyat sekaligus mempengaruhi mereka untuk terus melakukan pelbagai cara demi untuk melepaskan diri .

2. Bouazizi bukanlah seorang yang bodoh . Dia memiliki degree dalam bidang sains komputer membuktikan dia juga memiliki minda intelek . Adapun tindakannya dilihat sebagai 'tidak masuk akal' , namun tekanan sekeliling memaksanya melakukan sedemikian . Dia layak dinobat sebagai hero dalam peristiwa bersejarah ini . Tindakannya mencetuskan revolusi dalam dunia realiti bukan sekadar ilusi .

3. Kini , pemerintah seluruh negara harus membuka mata dan berhati-hati dalam mengurus tadbir negara kerana mereka perlu sedar kelaparan rakyat akan mampu menghumban mereka walaupun ke dalam lubang najis .


The resultant of injustice

-sekian

"Barangsiapa tidak mengambil tahu urusan umat Islam , maka dia bukanlah daripada golongan itu "



sumber: -
  • Wikipedia
  • al-Jazeera.net (eng)
  • The Telegraph

0 comments:

Post a Comment