Wednesday, August 17, 2011

Hakikat Manusia dan Kebenaran


Sempena Nuzul Quran , artikel ini ditulis dengan tajuk yang sangat sesuai dengan intipati al-Quran itu sendiri , yakni mendekatkan manusia dengan kebenaran yang hakiki .

Aliran pemikiran komunisme menganggap 'the law of the jungle' sebagai struggle antara hidupan . Jadi , kita sering mendapati bahawa lumrah yang mendokong prinsip 'every man for himself' dan 'survival of the fittest' ini , kerap menjadi sesuatu yang besar kepada puak-puak yang berpemikiran komunisme ini .

Pemikiran kronisme pula menisbahkan monopoli kekayaan kepada kerabat sebagai struggle antara hidupan . Maka adalah sangat bahaya jika puak yang berpemikiran sebegini berada diatas tampuk pimpinan , kerana prinsip yang diimani mereka itu merupakan sesuatu yang besar pada hemat mereka .

Manakala di dalam islam , struggle antara hidupan adalah konflik antara al-Haq(kebenaran) dan al-Batil(kebatilan) . Oleh itu , menyempadani kebatilan daripada kebenaran merupakan sesuatu agenda yang besar dalam rencana ajaran islam .

"Dan janganlah kamu campuk adukkan kebenaran dengan kebatilan.."(al-Baqarah:42)

'Kebenaran' merupakan suatu istilah yang sangat kukuh , jawapan bagi segala permasalahan . Berdirinya ia adalah berprinsip , tanpa disokong oleh keraguan , dan sangkaan-sangkaan yang rapuh . Istilah 'kebenaran' juga tidak kurang menemukan banyak tamadun manusia ketengah-tengah konflik ideologi yang banyak tercatat dalam sejarah peradaban manusia .

Secara umumnya , Al-Haq yakni kebenaran dinilai melalui beberapa perspektif . Ahli falsafah menilai istilah 'kebenaran' sebagai nilai etika iaitu kebaikan dan keindahan . Manakala ahli perundangan pula menganggapnya sebagai perbincangan tentang hak .

Dalam al-Quran , al-Haq diungkapkan sebagai sesuatu yang bersifat kekal (permanent) manakala al-batil disifatkan sebagai 'tidak kekal' .

"Dan katakanlah:kebenaran telah datang dan yang batil pasti lenyap. Sungguh yang batil itu pasti lenyap"(al-Isra:81)

Dalam buku 'An-Nas wal Haq' karya al-Qaradawi , beliau telah menukilkan perbahasan berkenaan hakikat kebenaran islam melalui metodologi yang menarik dan cukup mudah difahami , iaitu melalui dialog seorang murabbi dengan mutarabbinya .

Bertanya lah seorang mutarabbi kepada murabbinya , yang kemudiannya menjawab .


1. Mutarabbi : "Bagaimana sebuah kitab boleh mengandungi keterangan semua perkara sedangkan ia tidak lebih daripada beberapa ratus halaman sahaja ?"

Murabbi : "Al-Kitab mengandungi dasar-dasar hidayah , bahawa daripada dasar-dasar ini lah lahir dan berdirinya cabang-cabang kebenaran yang meliputi kesempurnaan hidup manusia."

"..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui " (an-Nahl:43)


2. Mutarabbi : "Sekiranya al-Quran itu sumber kebenaran , maka bagaimana dengan ahlinya (umat islam ) yang berpecah belah , tidak bersatu , mundur ?"

Murabbi : "Sesungguhnya kedudukan yang menimpa umat islam adalah bencana terhadap penyelewengan (pelanggaran) terhadap ajaran al-Quran."


3. Mutarabbi : "Apakah sebab ramai manusia berpaling dan memusuhi petunjuk serta menyerang pendokong-pendokong nya ?"

Murabbi : "Mereka jahil terhadap kebenaran dan mengikut al-hawa."

"Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu(Muhammad) , tetapi apabila mereka keluar dari sisimu , mereka berkata kepada orang yang telah diberikan ilmu ( para sahabat nabi) ,"Apakah yang dikatakannya tadi?" , mereka itulah orang-orang yang dikunci hatinya oleh Allah , dan mengikuti keinginannya ."(Muhammad : 16)


4. Mutarabbi : "Maka apakah yang sewajibnya dilakukan oleh seseorang yang ingin mendapat petunjuk kebenaran ?"

Murabbi : "Memasang niat yang sebenar-benarnya dan ikhlas dalam menerokai kebenaran."

"Katakanlah,"Aku hendak memperingatkanmu satu hal saja , iaitu agar kamu mencari kebenaran kerana Allah (dengan ikhlas) berdua-duaan(jamaah) atau sendirian , kemudian agar kamu fikirkan (tentang Muhammad) . Kawaanmu itu tidak gila sedikit pun . Dia tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang keras" (Saba:46)


5. Mutarabbi : "Adakah kita berputus asa melihat kekalahan Al-Haq terhadap al-Batil ?"

Murabbi : "Tidak sesekali . Sesungguhnya tiada berputus asa terhadap rahmat Allah melainkan kaum kafir ."

"Apa yang dikatakan (oleh kaum kafir) kepadamu tidak lain adalah seperti apa yang telah dikatakan kepada rasul-rasul sebelummu . Sesungguhnya , Tuhanmu mempunyai ampunan dan azab yang pedih " (Fussilat:43)



-Sekian-

0 comments:

Post a Comment