This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, June 21, 2010

Al-Ukhuwwah Asas al-Izzah

Sebuah sejarah tercipta ....
Pertubuhan IKRAM Malaysia lahir ke dunia . Satu wadah perjuangan ....





IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne

Lagu oleh: Saff One

Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010


Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya teras.


Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini


Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan


Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

Tuesday, June 1, 2010

" kenapa tak couple dik ? "


"dik , adik ade makwe tak ? "

"mmm....takde chik "

"eh...muka hensem takkan tak de kot ..."haa....kenapa tak couple dik ?"

"mmm....belajar lagi chik , belum sampai masa..."

"haaa...adik , pak chik bukan apa....pak chik risau tengok muda-mudi zaman skang ni ....bla bla.....bukan main action lagi diorang nih......bla bla bla......pegang sna sni ......bla bla........pembuangan bayi berleluasa......bla bla bla ...kalau dlu .......bla bla bla....habih kena pukul.......bla bla bla.....org kampung..............bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla................Khir Toyo.........bla bla.........Nik Aziz....bla bla....Nizar......"

Perbualan di atas tidak terhenti setakat itu saja , perbualan ini sebenarnya berlanjutan hingga ke topik-topik politik yang saya kira tidak enak dicoretkan di sini . Pengalaman berbual dengan seorang pak chik yang 'outspoken' ini berlaku semasa saya dan seorang rakan saya , Pidut sedang dalam perjalanan menuju ke Mid Valley, lebih kurang 1 kilometer dari kampus Universiti Malaya . Jadi , 'pak chik' dalam perbualan di atas adalah pemandu teksi yang membawa kami . Walaupun , pada mulanya saya sangat bersetuju dengan pandapat-pendapat pak chik ini , namun lanjutan perbualan kepada topik-topik seterusnya membuatkan saya sendiri hampir-hampir berdebat dengan beliau . Mujurlah teksinya sudah berhenti di perkarangan Mid Valley . Jika tidak , pasti gulungan hujah saya membuatkan kami berdua bertumbuk dalam teksi tersebut .

Namun , artikel kali ini bukanlah tentang apa yang kami perdebatkan di akhir perbualan kami . Tapi , berkenaan apa yang kami sembangkan pada mulanya........

Ya , pada ketika itu saya menjadikan 'belajar' sebagai alasan , tetapi itu hanya jawapan spontan saya . Perjalanan yang hanya 1 kilometer dan tepu dengan pendapat-pendapat seorang pak chik yang lebih tua daripada saya lagi 'outspoken' , membuatkan saya tiada peluang untuk menghuraikan pendapat spontan saya tadi . Jika diberi perjalanan dari UM ke UIA Gombak , mungkin pak chik tadi akan turun daripada teksinya sebagai seorang yang berfikrah mantap , fikrah yang jelas dan tepu dengan prinsip-prinsip berpasangan .


Couple : Trend dan Permainan

Tidak dinafikan , muda-mudi kini sudah menjadikan budaya 'couple' sebagai satu tag untuk mendapat pangkat sebagai seorang remaja , atau lebih kelakar lagi , remaja yang sempurna . Tanpa seseorang itu ber'couple' , dia akan dianggap tidak sempurna kriteria keremajaan . Mengikut pendapat pak chik tadi , beliau mengatakan bahawa remaja kini sudah mengalami satu revolusi dalam memenuhi hak-hak berpasangan ."Zaman pak chik dulu , dalam sesebuah kampung atau bandar susah sangat nak jumpa pasangan yang berkepit-kepit , apatah lagi di tempat yang terbuka . Dan lebih dasyat lagi , kalau mereka tau ada penduduk kampung mereka yang berzina , beranak luar nikah dan sebaginya , maka pasangan tersebut akan , dihina , dipukul oleh keluarga sendiri dan dihalau daripada kampung tersebut oleh penduduk kampung sendiri ." kata pak chik itu.

Ya , mungkin ada yang melihat dari perspektif berbeza , pasti tidak setuju dengan tindakan penduduk kampung tadi , ia dianggap zalim . Namun , saya berpendapat ia lebih baik daripada suasana di zaman kini . Bila sensitiviti sudah hilang , zina dan maksiat menjadi rutin . Realitinya , lebih ramai pasangan yang mengalami nasib yang sama atau lebih parah daripada satu atau dua sahaja pasangan yang tinggal dalam sebuah kampung di zaman pak chik tadi . Bila orang ramai tak endah , pasangan berseronok bersama , abaikan keluarga dan kawan-kawan , mak ayah apatah lagi , langsung tidak diendahkan . Penyakit dan virus HIV tersebar sampai macam-macam jenis iklan dibuat untuk berkempen . Akhirnya , hidup porak peranda tanpa hala tuju . ianya lebih perit daripada penyesalan sebelum memulakan hidup baru . Saya menganggap senario ini sebagai satu masalah yang amat kritikal dalam masyarakat kita .

(sumber : blog Raudhatus Sakinah )

Bagi majoriti kaum hawa , hidup pada zaman di mana nisbah bilangan kaum lelaki jauh lebih kecil daripada bilangan kaum perempuan menjadikan couple sebagai satu trend untuk memastikan diri mereka berpeluang untuk hidup berpasangan . Barangkali , mereka merasakan institusi perkahwinan bermula dengan ber'couple-couple' . Kepada yang tidak ber'couple' , kemungkinan besar mereka tidak akan bertemu jodoh . Ini benar-benar satu persepsi yang jauh dari sentuhan akidah .

Tetapi sayang sekali , apabila cinta membabi buta tadi terpalit pada lelaki sial yang hanya mahu mengambil kesempatan , maka pengakhirannya pasti episod duka yang membawa seribu penyesalan . Bagi lelaki seperti ini , 'couple' mungkin hanya satu permainan ringan di pertengahan usia . Nothing serious....Oleh itu , berjaga-jagalah kaum hawa .

Rasullallah bersabda:"Pada akhir zaman nanti , kamu akan mendapati zina berlaku di tepi-tepi jalanan "

Apa Pendirian kita ?

Saya bukanlah orang yang mejadikan sebahagian agenda hidup sebagai lapangan pengabdian . Oleh itu , alasan 'belajar' sahaja belum cukup untuk memusatkan tekad saya untuk tidak ber'couple' sebelum kawin sebagaimana jawapan saya terhadap pak chik tadi . Saya hanya berpegang kepada beberapa prinsip dan selebihnya hanya berserah dan bertawakkal kepada-Nya agar diri yang lemah ini sentiasa berada di jalan yang benar , dijauhkan dari bisikan syaitan . Saya suka untuk berkongsikan beberapa prinsip ini untuk kebaikan bersama .

1.Firman Allah ,"Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan keji , dan suatu jalan yang buruk".(al-isra':32)
Prinsip ini memerlukan seseorang itu menganuti agamanya dengan anutan yang hakiki . Dalam al-Quran , Allah menyeru kita supaya menjauhi perbuatan zina . Larangan ini menunjukkan zina itu amat sukar ditolak apabila sudah menyentuhnya . Zina ibarat magnet yang menarik besi , semakin dekat kita dengan ia , semakin kuat pengaruhnya ke atas kita . Jadi , dengan cara menjauhinya dan menutup pintu-pintu kearahnya sajalah dapat membendung kita dari terjebak dengan zina . Tidak dapat tidak , couple merupakan salah satu ruang untuk menyelinap masuk ke lembah zina . Tiada alasan untuk menafikan statement ini . Bagi yang memberi bermacam-macam alasan , alasan-alasan mereka tidak kurang hanyalah alasan palsu syaitan yang membisikkan tipu daya di hati manusia . Jadi , saya berasa amat bertanggungjawab untuk memelihara amanah Allah ini . Malah sebagai seorang daie , tergamakkah saya melanggar had-had yang Allah sudah tetapkan . Jujurnya , saya tidak sanggup dan akan merasa serba salah . Inilah prinsip saya ....

2. Prinsip ini benar-benar memerlukan hadirnya elemen-elemen tauhid iaitu kepercayaan kepada Allah yang menentukan segala-galanya dalam hidup kita . Goyah pegangan dan keyakinan terhadap janji Allah , lantas akan menyebabkan prinsip ini hancur lebur sebagai sebuah angan-angan semata-mata . Statement 'jodoh di tangan tuhan' sangat sukar diungkap , apatah lagi bagi seorang seperti saya yang jarang menyebut ungkapan-ungkapan jiwang dan 'cintan-cintun' sebegini apatah lagi mengayat perempuan . Namun , keyakinan terhadap ini , bakal melahirkan inspirasi untuk menghindar diri dari ber'couple' . Saya percaya Allah telah menentukan segala-galanya untuk kita . Seorang lelaki yang berada di timur dengan seorang perempuan di baratnya , pasti akan bertemu jua jika Allah mentakdirkan jodoh mereka bersama . Sebaliknya , sebuah pasangan 'unmarried couple' yang bertekad ingin bersama 24 jam , berdating sana-sini , bila berjauhan ber-sms 'sayang dan rindu' , belum pasti akan berakhir dengan hidup bersama dalam ikatan perkahwinan , jika Allah tidak menjodohkan mereka . Inilah prinsipnya !! Apa yang diperlukan hanyalah keyakinan kepada Allah . Oleh itu yakinlah!! yakinlah wahai sahabat-sahabatku...

3.One in a Million...
Tatkala semua remaja sibuk dengan percintaan , masing-masing mencari pasangan , sindrom angau tersebar parah sampai H1N1 pun kalah , saya cuba mengambil kesempatan untuk mecuri gelaran "one in a million". Jika sejuta mereka ber'couple' , biarlah diri ini keseorangan memikir masalah umat , kerana sesungguhnya saya ialah 'ghuroba' . Hidup di era teknologi dan berbagai ragam manusia memerlukan kita untuk bertindak sebagai seorang 'ghuroba' . 'Ghuroba' bermaksud pelik dan terpencil . Jika Rasullallah beruzlah di gua hira' , mengadu pada Allah akan kacau-bilau masyarakat arab jahiliah , siapakah kita untuk tidak mencontohi baginda ?! Jika pemuda-pemuda Kahfi yang diberi title 'fityah' oleh Allah itu sanggup bersembunyi dalam gua demi memelihara iman , siapakah kita untuk tidak mengambil pengajaran ?! Oleh itu , padukan dalam pemikiran kita bahawa kita ialah satu dalam sejuta . Saya yakin ungkapan "one in a million" merupakan satu ungkapan psikologi yang mampu memberi impak 'al izzah lil islam wa bil islam' dalam diri kita . Sematkan dalam hati bahawa mulianya kita adalah dengan Islam dan kerana Islamlah kita dimuliakan !!! insyaAllah....


Yaa..MuQallibal Quluub...Tsabbit Qalbi a'la Siraatul Mustaqim ya Allah...

Mengharap doa dari rakan seperjuangan.....

sekian...
syamil dzulfida