Saturday, July 31, 2010

Atmosfera sosial pasca gen-y

Kejayaan umat islam pada era Khulafah ar-Rasyidin memperlihatkan sumbangan belia dan golongan remajanya dalam jihad menyebarkan kalimah tauhid . Ketika Abu Bakr as-Siddiq sebagai vateran memegang tampuk pemerintahan sebagai Amirul Mukminin , beliau menghantar Khaled al-Walid ke selatan iraq dan Al-Muthanna ibn Harithah di utaranya . Dua pahlawan keremajaan berkarisma ini di beri kepercayaan oleh Abu Bakr menyambung risalah dakwah di era selepas kewafatan Baginda Rasullallah SAW . Perjalanan dakwah menyebarkan islam di iraq kemudiannya di sambut oleh Saad bin Abi Waqas yang kemudiannya berentap di persada medan al-Qadisiyyah , memenangi empayar Parsi unggul dan luas . Dengan tenaga pemuda-pemuda beriman ini , Parsi yang dibina selama 200 tahun runtuh binasa dalam tempoh kurang dari 3 tahun .

Ini cerita pemuda mujahid , Ar-Rijal yang sempurna rukun-rukun pemudanya .
Pemuda kita bagaimana ?....

Persoalan di atas boleh dijawab dari pelbagai sudut pandangan dan perspektif yang berbeza . Namun , saya lebih suka memberi pandangan yang bercirikan hisab dan muhasabah , juga sisi-sisi yang lebih menunjukkan kita memandang ke belakang , mencermin kelemahan diri .

Dalam hal ini , saya menstrukturkan satu istilah bersahaja iaitu "Remaja merupakan golongan kritikal dan radikal " . Jika bilangan manusia yang populasinya hampir 6.8 billion atas bumi ini , majoritinya terdiri daripada golongan kritikal ini , maka mudahlah untuk kita fahami bahawa segala perjalanan aktiviti dunia hari ini akan bergerak secara radikal dan efisien dengan bersumberkan pemikiran dan ideologi serta kerahan tenaga mereka . Generasi penyambung selepas era 'baby boomers' ini merupakan golongan belia remaja pada ketika ini . Mereka lahir sekitar tahun 1980 hingga tahun 2000 dan digelar gen-y atau lebih dikenali sebagai generasi millenium . Jika generasi ini merupakan majoriti pasti banyak gas karbon dioksida yang membuatkan bumi ini panas dihembus keluar daripada mulut golongan ini . Tidak kurang juga gas oksigen yang yang dihirupnya . Ya , saya termasuk dalam golongan ini . Dan saya yakin anda yang sedang membaca juga termasuk dalam golongan ini .


Secara umum , generasi muda ketika ini hidup dikelilingi kemajuan dan perkembangan teknologi yang berkembang pesat . Hal ini terbukti di hadapan mata setiap manusia bahkan artikel ini pun ditulis dengan menggunakan kemajuan teknologi . Dengan kata lain , semua ini belum wujud hampir 200 tahun yang lepas . Namun , apa yang menjadi kebimbangan , apabila kemajuan ini dikawal oleh golongan sekularis yang bermatlamat memisahkan remaja dan pemuda pada hari ini daripada rutin para mujahid di zaman para sahabat terdahulu .

Melalui lensa ilmiah , segala perkembangan dan kemajuan ini dilihat mempunyai 'hidden agenda' untuk memusnahkan ketamadunan manusia dan menjadi ancaman kerohanian serta memandu minat dan pendirian para pemuda hari ini kepada perkara yang sia-sia . Jika pemuda dahulunya mengasah bakat dalam menghafaz al-quran dan mengingati hadis-hadis , tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya . Saya tidak menafikan kewujudan sebarang usaha-usaha kearah memperjuangkan kembali semangat dan roh al-quran seperti penganjuran program-program realiti yang juga sedang rancak diadakan seperti Akademi Quran , Imam Muda dan lain-lain . Program-program realiti yang bersifat keagamaan ini tentu sekali mampu mempromosi syiar islam seadanya dan mampu menjadi pentas untuk melobi golongan pemuda yang memiliki kecenderungan terhadap islam ke tengah-tengah masyarakat .

Namun begitu , perkara ini masih tidak mampu memecahkan 'barrier' ataupun garisan penghalang yang memisahkan satu golongan pemuda dengan satu golongan yang lain . Ya , golongan berpendidikan tinggi agama mungkin tertarik dengan program-program realiti sebegini . Tetapi , lain pula keadaannya dengan remaja islam yang sedang merempit di jalanan , pemuda pemudi yang terkinja-kinja atas pentas nyanyian bercampur lelaki dan perempuan , golongan pertengahan yang mundar-mandir di lorong-lorong gelap , melepak dan melakukan pelbagai lagi aktiviti yang tidak berfaedah . walaupun muslim pada namanya , namun mereka jugalah golongan yang paling pantas berpaling apabila didedahkan dengan hanya sedikit figure keagamaan . Maka apalah lagi nilai agama disisi mereka jika keadaannya begini ?


Melihat kepada situasi ini , nampak seperti sudah berjaya sebahagian besarnya 'hidden agenda' yang saya maksudkan tadi iaitu yang bermatlamat untuk memadam sisi-sisi kerohanian dalam jiwa remaja . Agenda yang dirancang oleh golongan freemason ini modus operandinya amat mudah , namun ianya bermula dengan kajian yang amat teliti serta langkah pertama yang penuh dengan kesungguhan . Setelah mereka mengkaji sejarah , mereka mendapati cara menghancurkan umat islam ialah dengan menjauhkan generasi muda islam daripada kitab suci al-Quran . Setelah itu , mereka mula mencipta alat-alat untuk menembusi bumbung-bumbung rumah umat islam yang didalam nya terdapat anak-anak kecil yang sedang dibesarkan dengan ibrah-ibrah daripada al-Quran . Mereka ingin berkomunikasi secara terus dengan anak-anak ini . Dengan itu , mereka mampu mencuri peluang terhadap ibu bapa yang sedikit terleka dalam mentarbiah anak-anak , seterusnya mendominasi minat anak-anak tersebut mengikut kehendak mereka . Maka terciptalah televisyen , internet , handphone dan berbagai lagi alat-alat yang mampu membuka hijab penghalang antara mereka dengan anak-anak kecil ini . Lahirlah dunia tanpa sempadan . Bagi sesetengah peristiwa malang , mereka mula mengambil alih tugas ibu bapa untuk mencorak pemikiran anak-anak . Beginilah strategi sekularis barat yang didominasi oleh golongan freemason menghantui dunia islam hari ini .



Ya , mungkin kemajuan teknologi dan komunikasi merupakan perkara yang sangat subjektif . Sukar untuk membincangkan komposisinya kerana terdapat terlalu banyak 'grey area' sebagai sempadan antara sisi positif dengan sisi negatifnya . Tetapi , apa yang dibincangkan disini merupakan satu sesi pencerahan dan usaha untuk menghilangkan kesempatan musuh-musuh islam yang cuba memanipulasi teknologi untuk meneruskan agenda 'mind control' terhadap sumber kekuatan umat islam iaitu tenaga pemuda-nya . Sebagai contoh , kemunculan pelbagai laman sosial seperti facebook , ym dan lain-lain telah membuka ruang kepada situasi 'indoor social activity' yang dilihat sebagai usaha kecil dalam memudahkan berlakunya interaksi antara lelaki dan perempuan walau dimana sahaja . Walaupun risikonya bergantung kepada individu yang menggunakannya , namun tidak mustahil akan berlakunya situasi dimana hubungan perkenalan yang bermula di fb akan berterusan kepada maksiat seterusnya berakhir dengan zina .

Pada saat artikel ini ditulis , era jahiliah yang dibincangkan ini sudah mencapai tahap matangnya . Justeru , hal ini melahirkan atmosfera sosial yang penuh kepincangan dan kerisauan . Status sosial yang disebutkan ini sudah tentu mencemaskan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka di tengah-tengah masyarakat , lebih-lebih lagi anak-anak perempuan . Keadaan ini berlaku secara senyap dan tidak terkesan oleh interaksi individu , namun kebahayaannya hanya disedari apabila risikonya membaham masyarakat . Keadaan ini kembali kepada praktikalnya tuntutan al-Quran dalam surah al-Ankabut ,"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar "(29:45) . Pada hari ini , terbukti dihadapan mata kita sendiri huru-hara yang berlaku dalam masyarakat ketika mana solat tidak dipandang serius . Bermula dengan pengabaian solat oleh individu-individu , akhirnya bercambah kepada pelbagai lagi keruntuhan moral dalam masyarakat .

Resolusi Jangka Panjang

Dalam usaha kearah perubahan dalam suasana sosial masyarakat yang semakin parah ini , pendekatan 'reverse activity' boleh diguna pakai . Berbalik kepada isu solat diatas , jika peninggalan solat mengundang kemungkaran oleh individu , sebaliknya individu yang menjaga solat akan terpelihara daripada kemungkaran . Justeru , ajakan dan dakwah kearah memelihara solat dapat menyelesaikan masalah masyarakat sebahagiannya . Namun jangan dilupakan bahawa solat yang berkualiti sahaja akan merealisasikan intipati ayat dalam surah al-Ankabut tadi .

Seperti yang dibincangkan tadi , kita tahu bahawa sudah sekian lama musuh-musuh islam berusaha mencabut akar tunjang kepada fikrah yang murni daripada pemikiran pemuda-pemuda islam iaitu al-Quran . Bencana ini diibaratkan seperti sebuah menara tinggi yang musnah struktur asasnya . Bergoyang-goyang dan tidak tetap kedudukannya , menunggu masa untuk jatuh menyembah bumi . Justeru penyelesaian utama dalam menghadapi atmosfera sosial yang berstatus 'bahaya' pada zaman ini adalah dengan mempersiapkan pemuda-pemuda kita dengan fikrah al-Quran . Proses 'recovery' ini perlu dijalankan dengan teliti dan tersusun sepertimana perancangan musuh yang bertindak sebaliknya .

Logiknya , membina sebuah menara tinggi mengambil masa yang lebih lama dan lebih sukar berbanding meruntuhkannya . Menara yang berdiri kukuh memerlukan struktur asas yang kuat dan padu untuk menampung kapasiti menara tersebut keseluruhannya . Jadi , kita harus membina asas yang kukuh diatas runtuhan-runtuhan yang berlaku . Proses membina kembali generasi al-Quran sepertimana para sahabat pada zaman nubuwwah tentu sekali memakan masa yang panjang . Namun , tiada jalan pintas dalam hal ini . Usaha kearah mentarbiah individu merupakan formula terbaik dalam membina asas . Asas yang akan menampung sebuah wawasan yang semakin jelas . Iaitu membentuk sebuah gagasan ummah yang terbaik untuk memakmurkan bumi ini dan kehidupan seisinya .

"Kita wajib mulakan usaha dari bawah iaitu mentarbiyah individu. Apa gunanya mengadakan muktamar yang menghimpun orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. APA FAEDAHNYA BERBUAT DEMIKIAN!? Adakah kamu mahu mengumpul angka-angka kosong!?"
( Syakib Arsalan )

sekian..

4 comments:

  1. serious matter nmpaknyer niyh~

    ReplyDelete
  2. mmg serious kot ..
    kita individu mgkin x rasa .. bila mcm2 isu timbul dlm masyarakt..bru rmai garu kpala..

    ReplyDelete
  3. Wow, ghazwul fikr nmpaknya, hebat cara pengulasan hg....syabas!!!

    ReplyDelete
  4. tahniah!!!
    musuh islam datang dgn arus yg laen yg bertentangan dgn Islam....
    Dgn mencipta sistem2 lalu merosakkan manusia...
    Oleh itu ayuhlah kita membina sistem 'mesin pencetak' mencetak dai'e2 yg mewarisi Islam hakiki!!!!

    ReplyDelete