Thursday, May 27, 2010

Armored : Bersikap Benar Walau Pahit


Armored(2009)

Saya berhasrat untuk tidak mensia-siakan elemen KOMSAS yang telah saya pelajari ketika sekolah menengah dahulu . Justeru , saya cuba mengeluarkan posting kali ini berkenaan 'analisa filem' buat pertama kalinya dalam blog ini .

Saya bukanlah individu yang memiliki apa-apa kelulusan dan autoriti untuk mengulas , namun kredibiliti saya sebagai penonton filem melayakkan saya membuat sedikit analisa ringkas untuk dikongsi atas dasar keilmuan dan iktibar untuk manfaat bersama . Jujurnya , apabila menonton , saya kerap menganalisa sejauh mana filem-filem tersebut mengandungi unsur-unsur indoktrinisasi terhadap masyarat selaku penonton . Saya amat pasti , filem adalah salah satu medium berpengaruh dan berkesan untuk menyerap dan menyebarluaskan ideologi . Namun , pada kali ini saya tidak bermaksud untuk menghuraikan hal berkenaan medium dalam serangan pemikiran dengan lebih lanjut . Posting kali ini hanya merupakan analisa ringkas dan huraian peribadi terhadap sebuah filem aksi "Armored" yang tepu dengan babak suspen dan aksi .

(geng satu kepala)

Sinopsis

Filem "Armored" berkisarkan sekumpulan belia yang berkerja dalam sebuah unit sekuriti "Eagle Shield Security" yang berkhidmat memindahkan wang dari bank . Watak Ty Hackett yang dibintangi oleh Columbus Short merupakan seorang pekerja baru dalam unit tersebut dan kehadirannya disambut baik oleh rakan-rakan sekerjanya . Suasana kerja dan sikap peramah rakan sekerja telah membina ikatan persahabatan antara mereka .

(tidak selamanya..)

Watak Mike sebagai rakan karib , sering memberi 'support' serta berkongsi masalah dengan Ty yang berkerut dahi membesarkan adiknya , Jimmy yang sudah menigkat remaja dengan pelbagai masalah dan memikirkan status rumahnya yang bakal ditarik . Namun , pelbagai masalah peribadi yang cuba dikawal Ty akhirnya bertembung dengan sebuah dilemma yang bermula pada satu malam apabila Mike cuba memberitahunya bahawa unit mereka telah merancang satu konspirasi melarikan wang 42 juta yang bakal dipindahkan dari sebuah bank pada esok hari . Ty , dengan keadaan freshynya serta jiwa yang jujur dan lurus , begitu tertekan dan tidak dapat menerima tindakan tersebut .

(lu mau join kami ke tak ? untung seyh)

Pulangnya ke rumah , tekanan bertambah apabila wakil pusat kebajikan kanak-kanak cuba mengambil Jimmy(adik Ty) sebagai jagaan oleh kerana rekod persekolahannya yang teruk . Pada saat genting ini , Ty terpaksa membuat pertimbangan yang sukar terhadap pelan untuk melarikan 42 juta tersebut . Esoknya , Ty bertekad untuk bekerjasama walaupun dalam keadaan yang berberat hati . Strategi melarikan wang 42 juta hampir berjaya pada permulaannya , namun , kehadiran 'third party' menjadikan keadaan bertambah rumit .

(Mike:"Shut up or i shoot u")

Sikap rakan-rakan Ty termasuk Mike , berubah apabila mendapati seseorang sedang menyaksikan perbuatan mereka menyembunyikan wang 42 juta tersebut di dalam sebuah gudang . Ty yang berjiwa mulia tidak dapat menerima tindakan rakan-rakannya membunuh saksi tersebut semata-mata menghilangkan bukti rompakan mereka . Saat-saat genting bermula pada babak Ty bertekad untuk menghalang rakan-rakannya dari mengeluarkan sebahagian wang tersebut dari sebuah truck yang berperisai .

conflict bermula..

Pada saat ini juga , hubungan persahabatan antara Ty dengan rakan-rakannya tercabar apabila Mike sendiri cuba menjadikan Jimmy sebagai tebusan untuk mendesak Ty membuka pintu truck berperisai tersebut . Atas keberanian dan sikap prihatin , akhirnya Ty berjaya menyelamatkan situasi serta menggagalkan komplot rakan-rakannya untuk melesapkan wang tersebut .

Sedikit kesimpulan :

1.Persahabatan vs Prinsip hidup
Hidup ini lebih kepada 'membuat pilihan' .Ty ternyata terpaksa berhadapan dengan situasi membuat pilihan . Dalam situasi ini , jika Ty memilih persahabatan , beliau terpaksa menggadaikan prinsip hidup , jika sebaliknya , maka pasti sesuatu berlaku terhadap hubungan persahabatan mereka . Namun , dalam kes ini , pertimbangan Ty hampir menjeratnya ke lembah yang tidak sihat . Dalam persahabatan , jangan sampai menggadai maruah dan prinsip hidup demi menjaga hubungan persahabatan . Perkara yang salah akan tetap salah , hubungan persahabatan tidak akan pernah membenarkan sebarang kesalahan mutlak .

2. Duit mengeluarkan aura? .
Dalam situasi bekerja bersama duit ,setiap hari , duit disisi .Kiri dan kanan ada duit . Siapa yang mampu menahan . Mesti pernah terbayang untuk menjadikan duit-duit itu hak peribadi kita . Mungkin ini lah yang terjadi kepada Mike and the gang . Aura duit 42 juta telah meresap masuk ke saluran darah . Didesak oleh bisikan setan .Kemudian, mula merancang perkara bukan-bukan . Namun , sekuat mana pun aura duit , iman di dada lah yang mencegahnya . Conclusion > duit yang banyak juga adalah suatu ke'bahaya'an . Nak banyak duit , perlu perkuat iman . otherwise, it will rose a disaster .

(duit terbakar ...tension2)

Terbukti , filem aksi ini pasti akan hati penonton walaupun TIADA sebarang aksi-aksi ghairah termasuk 'kucupan' yang simple bahkan tiada langsung pelakon perempuan yang menarik perhatian sepertimana filem-filem barat lain dan juga filem yang "made in Malaysia". Justeru , babak-babak ciuman dan penayangan perempuan cun bukan lah syarat wajib untuk membuatkan sesebuah filem itu menarik dan mendapat perhatian ramai . Satu pengajaran buat industri filem tanah air .

Sekian

0 comments:

Post a Comment