Sunday, March 29, 2009

Bi'ah Islamiah , Cabaran Daie

Daie.....
Mereka disediakan untuk membawa warna-warna islam ditengah-tengah kegelapan jahiliyah . Tatkala mereka dicampur ke dalam komposisi masyarakat jahiliah , maka semakin lama semakin ramailah masyarakat sekeliling mereka yang diwarnai dan akan terkeluar dari kejahiliyahan menuju fikrah islam yang suci . Maka apabila ingin menempuh gelombang jahiliyah ini , mereka perlulah disediakan sebaik mungkin sama ada dari segi keimanan , amalan , dan fikrah . Semakin kental semangat keimanan yang dipupuk , maka semakin mudahlah mereka menongkah arus serangan pemikiran kotor , maka mudah jugalah mereka melakukan reformasi bi'ah jahiliyah kepada bi'ah islamiah . Kerap kali kita mendengar kisah-kisah mereka yang jatuh diterjah kejutan budaya dan ideologi , maka inilah manifestasi kepada pengabaian aspek-aspek tertentu dalam membina struktur seorang daie . Apakah mereka mengaku bahawa mereka seorang daie , padahal solat 5 waktu diabaikan dan dilewat-lewatkan . Tatkala mereka berasa janggal berada ditengah arus jahiliyah, maka mereka ini bakal dilanda kerosakan dan perubahan 360 darjah dari matlamat asal mereka .

Rasullallah SAW bersabda "Islam bermula dalam keadaan asing , dan akan kembali asing sebagaimana ia datang , maka beruntunglah mereka yang asing " HR Muslim .

Ternyata , menjelang akhir zaman , unsur-unsur islam kian dipandang pelik . Mereka yang menyelami islam dianggap 'stranger', manakala mereka yang jahil jugalah yang 'popular' . Orang membaca quran dianggap tersisih dan 'outdated' , penyanyi separuh bogel dianggap maju dan digila-gilakan . Peringatan dan tazkirah yang membina terus dikatakan membuang masa , maka gosip-gosip membabi butalah dijadikan tumpuan . Demikianlah berbagai-bagai lagi gejala yang sudah dilihat 'songsang' dari pandangan mata hati manusia yang bertamadun dan sungguh , ia benar-benar tidak logik diterima akal yang waras . Oleh itu , barangsiapa yang ingin menjadi asing sebagaimana hadis di atas , hendaklah seseorang itu menjadikan diri mereka berbeza daripada kalangan komuniti jahiliyah yang mereka campuri dan seterusnya menyusun agenda Bi'ah Islamiah .

Bi'ah dan Cabang-cabangannya

Umumnya , Bi'ah itu boleh dibahagikan kepada 2 peringkat , yakni peringkat pertamanya ialah Bi'ah Ijtimaiyyah (bi'ah kemasyarakatan) , dan yang keduanya ialah Bi'ah Al-Alaamiyah (bi'ah sejagat) .

Sekitar peringkat pertama iaitu bi'ah Ijtimaiyyah , skop yang perlu diwarnai oleh seseorang daie ialah dalam konteks komuniti kemasyarakatan . Skop bi'ah ini termasuklah suasana di pejabat-pejabat , di tempat kerja , sekolah-sekolah , persatuan , di kem-kem tentera , kampus universiti , dan termasuklah jua dalam rumah tangga sendiri . Maka setelah selesai proses pengislahan komuniti masyarakat dalam linkungan skop-skop tadi dengan jayanya serta menyeluruh , maka telaksanalah 'bi'ah islamiah al-ijtimaiyyah' dalam komuniti itu .

Peringkat kedua pula yakni Bi'ah Al-Alaamiyah , lebih ringkas ia diistilahkan juga sebagai 'world order' . Dengan kata lain , ia merangkumi skop suasana di seluruh ruang kehidupan di muka bumi ini . Maka , walaupun istilahnya ringkas , tetapi jauh sekali untuk kita meringkaskan perlaksanaannya . Sungguh , Bi'ah ini , kesan penstrukturannya kini dilihat amat lesu berikutan lesunya gelombang dakwah yang dilancarkan umat islam pada hari ini . Namun begitu , setelah umat islam berada di puncak peradaban dunia suatu hari nanti , maka bertukarlah istilah tadi kepada istilah 'Bi'ah Islamiah Al-Alaamiyah'.

Adakah bi'ah islamiah sehelai kertas yang akan terbang melayang dengan sendirinya kepada kita ????

Jawapannya tidak sama sekali ......

Untuk membentuk bi'ah islamiah , ia memerlukan rencahnya yang tertentu serta tanzim yang rapi dan tersusun . Setelah mengetahui skop peringkatnya , maka perlulah tahu bagaimana ingin menguasai setiap marhalah itu .

1.Bi'ah Islamiah Ijtimaiyyah

Pertamanya , peringkat ini akan menjadi lebih mudah jika seseorang daie itu menjadi pemimpin atau Commander dalam komuniti yang ingin dijadikannya sebagai objek perlaksanaan bi'ah islamiah . Cubalah anda bayangkan jika seorang pengurus syarikat koorporat menetapkan setiap 5 waktu sembahyang sebagai masa rehat bagi para pekerjanya mendekatkan diri kepada Allah setelah sehari suntuk sibuk dengan hal dunia . Juga , cuba anda bayangkan apabila dalam sebuah kem tentera , seorang komander tentera mewajibkan setiap prebetnya mendirikan qiamuallail pada setiap malam lantaran untuk meningkatkan kekuatan fizikal serta menjadi syarat wajib untuk dinaikkan pangkat . Bukankah suasana itu sungguh indah!! . Sudah pasti dalam masa beberapa bulan , bi'ah islamiah berjaya dilaksanakan dalam pejabat koorporat dan kem tentera tersebut . Justeru , dominasi kepimpinan adalah merupakan 'advantage' dalam penyusunan agenda mengislahkan masyarakat sesuatu komuniti . Namun awas !!! apabila berada di bawah , ianya tidak semudah itu . Mestilah diingatkan bahawa jika seseorang daie itu bersendirian di medan jahiliah , maka perlu olehnya untuk menjalankan "dakwah fardiah" agar dia dapat menambah 'kompeni'nya dalam berkongsi ilmu agama . Lama kelamaan , hasil usahanya menyebarkan dakwah individu , dia mampu mendapatkan lebih ramai sahabat dan kemuncaknya setelah sahabat2nya itu berjaya ditarbiah , maka terserahlah kepada mereka yang mendominasi itu untuk melahirkan suasana islam . Walaupun begitu , dakwah fardiah bukanlah perkara yang mudah . Seseorang itu perlu memiliki keyakinan yang tinggi serta tabah menghadapi dugaan . Dalam hal ini , Ustaz Mustafa Masyhur menegaskan bahawa "jika terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah , orang seperti inilah yang patut diberi keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha". Lantas , formula ini mampu membantu seseorang daie untuk mengatur mad'u mengikut waq'i untuk dijadikan sasaran dakwah fardiah . Selain itu , daie itu mestilah menjadi qudwah hasanah kepada mereka yang lain bukan sahaja dalam menerap nilai-nilai islam , malah dalam urusan pekerjaan sekalipun . Apabila suasana sesebuah komuniti masyarakat dimonopoli oleh mereka yang ditarbiah , maka aplikasikanlah unsur-unsur islam dalam kehidupan harian agar terlaksananya Bi'ah Islamiah Ijtimaiyyah . Seterusnya , ikatan antara komuniti masyarakat yang telah terlaksananya Bi'ah Islamiah di dalamnya bertanggungjawab untuk menyatukan ummah , menyusun perancangan dan strategi , menggerakkan sel-sel usrah dan tarbiah agar terlaksana pula peringkat bi'ah yang seterusnya yakni Bi'ah Islamiah Al-Alaamiyah . Analitikalnya , langkah-langkah inilah yang dilakukan oleh nabi tatkala menyampaikan islam kepada masyarakat arab jahiliyah .

2.Bi'ah Islamiah Al-Alaamiyah

Telah dikhabarkan bahawa marhalah ini cukup lesu pada saat ini . Hal ini disebabkan berleluasanya udara jahiliyah di atmosfera dunia sehinggakan usaha yang padu dari segenap masyarakat yang ditarbiah lengkap diperlukan untuk mengubah kembali lanskap syiar islam yang kian tercalar dan ada antaranya yang terus lenyap dari di kesan oleh pancaindera kita . Maka , perlu ada satu ikatan antara komuniti yang bersuasana islam tadi yang sudah tiada masalah untuk menafsirkan identiti keislaman mereka untuk membentuk satu gerakan islam yang bersifat menyeluruh . Maka gagasan kesatuan islam inilah yang akan menjadi tandzim alaami untuk menguasai penjuru-penjuru kemenangan sehingga seluruh manusia berkiblatkan Allah .

Allah berfirman :-

"Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah , dan agama hanya bagi Allah semata-mata ....."-al-Baqarah , 193-

Terdapat syarat wajib yang perlu disulam dalam langkah kerja kita tika menjalankan agenda mendirikan matlamat ini . Syarat wajibnya ialah kita tidak boleh lupa sama sekali untuk membina ar-Rijal yang punyai kualiti akidah yang kukuh . Tanpa pembinaan dan pengukuhan akidah yang mapan , maka jangan mimpilah akan berjaya !!!

Penjuru-penjuru penguasaan tersebut cukup luas , di mana ia dapat menjadikan umat islam sebagai "world order" . Antara penjuru-penjuru yang perlu dikuasai tersebut ialah :-

Sistem pemerintahan.. terlaksananya hukum2 Allah...tiada penyelewengan ...keadilan dijulang ...

..empayar ekonomi dunia... islam perlu memonopoli ekonomi antarabangsa ...bukan yahudi..

sistem kewangan dunia (insyaAllah , dalam proses) , tiada unsur riba dan penindasan ...prinsip2 kewangan islam diguna pakai...

pendidikan antarabangsa ....tidak berkiblatkan barat semata-mata ....tidak melahirkan profesional yang sekular dan jahil agama...

institusi2 keilmuan , ....perlu jadi seperti spanyol suatu masa dahulu.....menguasai sains dan teknologi.....mujahadah mencari ilmu perlu menjangkaui hiburan keduniaan ...(bukan mcm zaman skang )

Sistem pertahanan dan ketenteraan .....perlu utuh dan memiliki kader-kader tanpa penyakit Wahn(cinta dunia)......

dan banyak lagi yang tak mampu disenaraikan kesemuanya ......

InsyaAllah , jika islam menguasai penjuru-penjuru ini , nescaya bi'ah islam sejagat akan mampu dihayati oleh kita semua ......

tetapi awas sekali lagi ....

jangan kita lupa apa yang berlaku kepada khilafah Abbasiyah suatu masa dahulu tatkala kejatuhannya ......kelemahan2 yang lalu perlulah dikaji dan diambil pengajaran darinya ....apa yang penting , syarat wajib perlulah dipatuhi ...


.:% Salam Ukhuwah Fillah %:.


1 comments: