This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, January 12, 2011

Karisma bersedia berubah namun kesatuan diutamakan


KUALA LUMPUR – Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) membayangkan ia bakal melalui tempoh transisi bermula sekarang, namun menegaskan agenda kesatuan khususnya yang melibatkan seluruh persatuan mahasiswa Islam di negara ini akan diteruskan malah wajar diperkasa lagi.

Presiden KARISMA sesi 2010, Abdullah Omar Muhamad Fuad dalam Ucapan Dasar Presiden bersempena Perhimpunan KARISMA Nasional 2010 (PKN ’10) berkata, KARISMA yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) pada 2 Mei 1999 mengambil keputusan untuk melangkah seiringan dengan JIM dalam mendepani perubahan semasa.

JIM yang dilihat sedang melalui proses transisi dari sudut organisasi dijangka akan memindahkan segala aktivisme dan asetnya ke sebuah ‘rumah baru’ yang dinamakan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia).

Katanya lagi, jawatankuasa pusat JIM dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN), 18 Disember 2010 telah mencadangkan bahawa status akhir JIM adalah pembubaran. Sebelum itu, dalam PPN Khas pada 24 Julai tahun lepas, JIM turut meminta ahli-ahlinya menganggotai IKRAM, namun aktiviti semua institusi JIM dan yang melibatkan pihak luar perlu diteruskan hinggalah IKRAM mengambil peranan JIM dengan baik.

KARISMA mengambil pendirian untuk bersama-sama JIM menjayakan IKRAM. Sehubungan perkara itu, jawatankuasa KARISMA Nasional mencadangkan agar KARISMA dibubarkan dan sebuah pertubuhan mahasiswa baru ditubuhkan di bawah IKRAM. Segala pengalaman dan aset maknawi KARISMA juga dipindahkan dan diteruskan dalam wadah baru tersebut.

Menurut Abdullah, apa yang berlaku kini adalah proses perubahan ke arah kebaikan. Mengambil contoh hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah, tempat yang lebih kondusif untuk perkembangan dakwah, sejarah menyaksikan peribadi para sahabat yang dibentuk di Makkah terus mendukung perjuangan Rasulullah di Madinah.

“Harapan yang sama kita dambakan daripada ahli-ahli KARISMA agar berganding bahu menjayakan wadah baru mahasiswa nanti dengan lebih cemerlang,” katanya.

Memperkukuh kesatuan, menurut beliau lagi, bermakna membuka ruang kesatuan antara mahasiswa, mengelakkan perbezaan yang mungkin wujud dan mencari titik-titik persamaan demi kebaikan bersama. Wadah baru itu nanti perlu berperanan menjadi persatuan mahasiswa utama untuk membela kebajikan warga siswa dan anggota masyarakat seluruhnya.

Abdullah Omar turut menyentuh tidak kurang daripada enam perkara penting sama ada yang berkait langsung dengan KARISMA mahupun yang menyangkut kepentingan umat secara keseluruhan.

Mengenai ‘survival’ umat Islam seluruh dunia, khususnya di Palestin, beliau mengingatkan bahawa isu Palestin adalah isu perjuangan bagi seluruh umat Islam. Sejak dahulu lagi KARISMA telah bekerjasama dengan institusi-institusi yang memperjuangkan isu Palestin secara khusus seperti Aqsa Syarif dan Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE). Justeru, beliau berharap ahli-ahli KARISMA dan wadah mahasiswa yang baru nanti akan terus aktif menyokong perjuangan membebaskan bumi Palestin.

Beliau juga meluahkan rasa bimbang dengan tindakan kerajaan persekutuan yang ketika melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 25 Oktober 2010 lalu hebat menggariskan langkah-langkah positif bagi memulihkan ekonomi negara, namun menyelitkan juga satu ‘langkah ke belakang’ apabila mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Langkah ini termasuk menyasarkan kewujudan sekurang-kurangnya 10 kelab malam baru menjelang 2014. Setiap kelab malam ini pula dikatakan dapat menampung sehingga 900 pengunjung dalam satu masa. Perkara ini sudah pasti mengundang masalah sosial dan mahasiswa, katanya, tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bantahan sekiranya masa depan negara bakal tergadai oleh anasir-anasir negatif sebegini.

Selain itu, pengumuman kerajaan menstruktur semula subsidi ke atas barangan seperti petrol, diesel, gas dan gula menyebabkan harga barang-barang keperluan naik. Meskipun matlamatnya dikatakan untuk membantu golongan miskin, namun mereka turut menerima kesan kenaikan ini secara langsung kerana ramai rakyat berpendapatan rendah masih bergantung kepada diesel dan petrol. Golongan ini tidak lagi sekadar menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja. Mahasiswa yang hanya bergantung kepada pinjaman turut terkena tempiasnya. Penjimatan yang dimaksudkan oleh kerajaan masih kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaannya yang besar dan cuma menguntungkan sesetengah pihak. Isu yang lebih utama ialah kerajaan perlu memerangi rasuah habis-habisan dan pembaziran dihentikan.

Mengenai larangan berpolitik kepada mahasiswa, KARISMA berpendapat kerajaan perlu adil dalam menangani isu ini. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik dilihat lebih ‘keras’ kepada kumpulan propembangkang, sebaliknya lebih ‘lunak’ kepada kumpulan prokerajaan.

“Bagi KARISMA, menjadi anggota sebuah parti, menjadi calon dalam pilihanraya, terlibat dalam kempen atau menyatakan sokongan terhadap suatu parti itu merupakan soalan kedua. KARISMA tidaklah terlalu obses untuk memperjuangkan kebenaran mahasiswa berpolitik. Isu mahasiswa menganggotai sesebuah parti itu tidak menjadi keutamaan KARISMA. Apa yang penting adalah mahasiswa tidak harus dikongkong dan diperkotak-katikkan dengan kenyataan, undang-undang dan tindakan yang kabur,” tegas Abdullah.

Sebagaimana ucapan dasarnya pada perhimpunan lepas, rancangan FIDAK (Fikrah Islam Dominan Alam Kampus) yang dilancarkan KARISMA sejak 2007 terus diberi penekanan istimewa. Tahun ini, FIDAK melangkah ke tahap kedua (RF2) sehingga 2013. Kalau RF1 memberi fokus kepada tarbiah ahli dan pejanaann dana, RF2 memberi tumpuan kepada kebajikan ahli dan masyarakat kampus, meningkatkan hubungan dengan semua pihak serta melaksanakan pengambilan disasar (targeted tajnid). RF3 yang disasarkan sehingga 2015 pula akan memimpin pandangan umum (POL) dan melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya kampus.

Impian KARISMA untuk menyaksikan syariah terlaksana di Malaysia pada 2020 selari dengan mesej Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam satu penulisannya bahawa kepentingan melahirkan graduan berkualiti bukan sekadar memenuhi tuntutan pekerjaan semata-mata, tetapi perlu menyumbang kepada kekuatan modal insan, berintegriti, amanah, beretika dan peduli akan dosa pahala, memiliki nilai kerohanian seperti pemaaf, berkasih sayang dan tolong-menolong serta berjiwa besar yang bukan sahaja berilmu tetapi tinggi dengan keluhuran budi.

Abdullah turut mengajak hadirin merenungi dan berasa bimbang dengan laporan Exit Survey: Generic Student Attributes (GSA) mengenai elemen moral dan profesional mahasiswa Malaysia yang rendah (lelaki 57.7%; wanita 73.3%), apatah lagi negara kerap dibanjiri dengan berita-berita khalwat, pembuangan bayi, pelacuran dan penyalahgunaan dadah yang melibatkan pelajar IPT.

Walau apa pun senarionya, KARISMA percaya satu daripada takrifan negara maju adalah maju aspek rohaninya. Pembangunan fizikal sebuah negara perlulah selari dengan pembangunan rohani masyarakat negara tersebut.

“Meletakkan impian pelaksanaan syariah menjelang 2020 adalah suatu impian optimis yang perlu diyakini oleh ahli KARISMA kerana kita mengharapkan negara ini maju dalam menterjemahkan perlembagaannya ‘Islam sebagai agama Persekutuan’. Hal ini bermakna Islam bukan sahaja menjadi agama dalam majlis rasmi, tetapi diterjemahkan menjadi agama yang boleh membawa negara ke arah kemajuan yang hakiki seperti yang diinginkan oleh Islam,” ujarnya.

Beliau berharap rancangan FIDAK akan diteruskan pertubuhan mahasiswa baru di bawah IKRAM nanti.

Sebelum berundur, Abdullah Omar berpesan agar ahli-ahli KARISMA yang kental semangat mudanya tidak lupa untuk bergandingan dengan ‘orang-orang lama’ yang sarat pengalaman. Sikap paling utama yang perlu dipupuk oleh ahli KARISMA adalah meraikan kerja yang telah dilaksanakan oleh orang lain, khususnya para senior dalam jamaah.

“Bangkitlah menggarap perubahan, memperkukuh kesatuan dan memastikan pengalaman, peranan serta pendedahan yang diperoleh KARISMA selama ini dibawa ke medan baru dalam IKRAM,” demikian beliau menutup bicara.


Artikel Asal : Website Ikram

Friday, January 7, 2011

How Muslim are Treated in USA


At the end of the day ,


1. 13 people stood-up for the muslim women

2. 6 orang menyokong cashier tersebut

3. almost majority or 22 peoples did absolutely nothing !



Kesimpulan untuk 13 orang mengalahkan 6 orang , saya kira ramai masyarakat amerika masih rasional dan mumayyiz dalam menilai seseorang adalah teroris atau insan biasa . Nampaknya , mereka masih cerdik daripada mempercayai kata-kata dusta tentang islam yang hinggap dibibir-bibir pemerintah mereka .



Untuk perkara 3 pula , "almost majority did absolutely nothing "

saya kira ini bukan saja di US , tapi kerap juga berlaku di negara kita !!



So, pikir2 kan lah ....

Man Ana

Sebuah syair karya Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dan diabadikan dalam bentuk nasyid oleh kumpulan Brother satu masa dulu .






Ana in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung



Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya



Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya



Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.



kredit:isketambolaus

Thursday, January 6, 2011

Sabarlah jundullah....

Sabda Rasullallah :


بأني علي الناس زمان الصا برقيهم علي دینه آالقابض علي الجمر

–راویهة التر مذي-



“Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar dalam agamanya sebagai orang yang memegang bara api”


-Riwayat At-Tirmizi-



Sabarlah dalam agama ,


Kerana maharnya....





Allah berfirman :


إن الله اشنري من المؤمنين أنفسهم وأمولهم یأن لهم الجنة

“Sesungguhnya Allah membeli dan orang-orang mukmin itu jiwa raga dan harta mereka dengan ganjaran syurga. "







..SYURGA..

Bumiputera Melayu dan Perniagaan



InsyaAllah hari ni kita akan sembang satu topik . Actually , bagi sesetengah orang topik ni tak la menarik sangat . Tapi bagi saya , perbincangan perihal orang melayu dan bisnes adalah satu perbincangan tentang survival yang tak berkesudahan . Bagi saya, tak de masalah kalau saya beri komen yang berguna untuk bangsa majoriti ni .


Sebenarnya , saya obsess dengan bisnes . Selain bisnes adalah pekerjaan Rasulallah sebelum kerasulan Baginda , Bisnes juga disabdakan oleh baginda sebagai 9/10 daripada sumber kekayaan . Juga diharuskan oleh Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud , “Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’ ”.


Selain itu , saya sendiri pernah menempa pengalaman berniaga sejak di tingkatan satu . Walaupun waktu tu saya cuma buat perniagaan tempahan ala-ala black market dan menjual barang-barang nonsense di tengah-tengah suasana pengajaran dan pembelajaran , tapi detik-detik itulah yang menyedarkan saya yang sebenarnya perniagaan juga adalah suatu seni dan cabaran .


Alhamdulillah , lepas masuk MRSM pun saya masih terus berniaga . Dengan menggunakan sedikit kematangan yang ada ,saya cuba jual badge yang mengandungi mesej-mesej islamik . Memandangkan ramai pelajar pada waktu tu yang sukakan style dan trend , menjual sesuatu seperti “teen stuff” adalah suatu kretiviti dalam perniagaan .



"Business is something like you’re trying to decide other people’s decision for the sake of your profit , weather they buy from you or they will just ignore you ."


Pertama-tamanya , korang mesti jelas tentang kenapa artikel ni ditulis bersama tajuk ‘Melayu’ . Sebenarnya , tak kira bangsa apa sekalipun , atau sesiapa saja yang sedang membuka ruang keaiban untuk dikritik , pada saat itu kritikan yang membinalah perkara yang amat diperlukannya . Jadi , dalam kes ni target saya ialah orang melayu yang berniaga . Sejak 3 Jun 1991 saya dilahirkan , dah banyak kali proses jual beli berlaku dengan jayanya antara saya dengan peniaga-penjual atau sesiapa saja walaupun rakan . Daripada sekecil-kecil jual beli seperti membeli chewing gum 5 sen hinggalah jual beli besar-besaran membeli jersey bolasepak secara pukal .


Namun , dalam suka duka saya membeli barang atau barang dijual kepada saya , ada beberapa peristiwa yang saya tak penah lupakan . Pernah sekali , sorang pakcik melayu sebuah restoran berdekatan rumah saya cuba jual sup ekor yang dah basi kepada saya , bilaperasan yang sup ekor yang saya beli dengan harga RM7 tu dah basi , memang tension tak terkira . Lastly , saya buat keputusan untuk boikot kedai tu sampai kiamat .


Selain tu , saya pernah juga hadapi melayu yang berniaga tapi tiada skill untuk menarik pelanggan . Pernah saya ke sebuah restoran untuk beli nasi pataya , then lepas 15 minit tunggu pon masih takde orang nak ambik order , saya sendiri kena pesan nasi tu di kaunter . Tak penah terjumpa restoran seteruk ini sebelum peristiwa nih . Memang tension . Bukan saja takdak skill malah mereka sendiri seakan-akan tak mahu pelanggan datang membeli di kedai mereka . Kadang-kadang , buat saya terfikir tujuan mereka membuka perniagaan .


Thirdly ialah peristiwa yang berlaku 2 kali gradually dalam sehari di mana kedua-dua restoran mengakhiri kembara saya membeli makanan pada satu petang dalam keadaan lapar dengan pulang tanpa membeli apa-apa makanan . Restoran pertama disebabkan keterlupaan peniaga untuk membeli frence frice yang sepatutnya dimasukkan dalam satu set chicken chop . Peniaga itu membalas saya dengan ayat selambanya , “dik , saya tak boleh jual chicken chop lagi sebab terlupa beli frence frice “ . What a nonsense !




Kemudian , restoran kedua pula membuatkan saya berang apabila makanan yang di order masih tak disiapkan walaupun sudah hampir dua jam . Akhirnya , dua restoran yang dibuka untuk tujuan keuntungan , menafikan keuntungan mereka sendiri . Saya pulang dangan hampa , bukan lagi kerana lapar , tapi kerana kecewa dengan sikap bangsa sendiri . Sebagai seorang yang berjiwa keusahawanan , saya tidak dapat menerima sikap ini dalam dunia perniagaan .


Apa yang paling menyedihkan , setiap kali peristiwa-peristiwa jual beli yang diketegorikan failed ini berlaku , ianya adalah jual beli dengan peniaga melayu sebab setiap peristiwa yang berlaku ni adalah dalam kategori membeli makanan . Jujurnya , dalam bab makanan saya memang dididik dari kecil lagi supaya membeli makanan yang halal dan jauh dari syubhah . Nak cari yang halal tu mungkin mudah , tapi nak cari yang jauh dari syubhah ramai yang abaikan . Setuju ?


Selain membeli untuk menjauhkan syubhah dan memastikan kehalalan makanan , saya membeli pada peniaga melayu untuk tujuan support , bagi saya sikap dengki-mendengki yang hina dan melingkupkan komuniti peniaga melayu akan serba sedikit hilang dengan mengamalkan budaya support-menyapport ini . Selain itu , budaya support-menyapport ni lah yang membuatkan bisnes-bisnes cina berjaya dan terus hidup mekar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Saya kagum dengan mereka kerana budaya support bukanlah budaya jahiliyyah tetapi budaya yang dianjurkan oleh Islam sendiri !


bbc.co.uk


Kadang-kadang saya pernah merasakan yang kelemahan perniagaan bumiputera melayu adalah berpunca daripada pekerja-pekerjanya yang bekerja sambil lewa , dan bermalasan tetapi mengharapkan imbuhan daripada majikan . Walaubagaimanapun , inilah sikap sesetengah orang melayu yang merosakkan sesuatu institusi perniagaan dalam komuniti peniaga melayu .


Selain saya mempersoal profesionalisme sesetengah peniaga melayu , saya juga kagum dengan kemajuan sesetengah syarikat-syarikat bumiputra melayu yang lain yang sedang membangun dan berkembang dengan mendapat sokongan daripada masyarakat . Bagi saya , orang melayu harus lebih kreatif dan berfikiran jauh dalam perniagaan . Kreativiti dalam perniagaan adalah suatu seni . Saya suka definisi ini ,


“Creativity is not just the domain of a talented few. We are all creative. It is highly likely that your creativity has been diminished by social norms and life experience, but it can be fostered and revived. You may not even think you are creative, but that is not true. Creativity is our birth right, it is part of what makes us human.”(sumber : www.score.org)


Lihat , kreativiti adalah hak kelahiran kita . Sesiapa saja memiliki kreativiti ,walaupun ianya memerlukan masa untuk tumbuh dan dibina berdasarkan pencarian ,dan digilap daripada pengalaman dan pemerhatian . Ibaratnya ,jika anda memulakan perniagaan hari ini , berdasarkan tempo pengurusan perniagaan kemungkinan selepas 3 tahun anda akanmendapat ilham baru dan menemui kretiviti berdasarkan 3 tahun anda bermandi-mandian dalam dunia perniagaan , maka sudah pasti pada hari-hari yang seterusnya perniagaan anda sudah matang dan menemui hala tuju yang berbeza berdasarkan kretiviti dan ilham yang ditemui setelah 3 tahun membuka perniagaan . Pada waktu itu , anda cuma perlu menunggu keuntungan masuk kedalam poket seluar anda . Tetapi , cuba bayangkan jika pada hari yang ke 50 anda sudah give-up dan berputus asa . Makanya , perniagaan tadi hanya mengundang kerugian , susah payah , dan membuang masa .


Jadi di sini saya akan senaraikan beberapa perniagaan bumiputera yang dilihat berkembang maju dalam tempoh beberapa tahun yang lepas hingga ke hari ini .


Radix Fried Chicken daripada Syarikat HPA



Serba ringkas tentang radix fried Chicken (RFC) ini korang boleh google sendiri lah . Tapi , apa yang saya nak sembang di sini ialah soal kreativiti yang telah ditemui oleh syarikat HPA sendiri setelah beberapa tahun dalam perniagaan . Apa yang kreatif tentang RFC nih ialah ia adalah satu-satunya ( kalau tak silap ) restoran franchais yang menyajikan resepi ayam goreng organik dan menggunakan produk-produk beraskan herba dalam penghasilan pemakanan .


Berdasarkan website HPA ,


“Ayam organik adalah ayam yang diternak bebas daripada enzim babi @ makanan yang dilarang oleh agama Islam. Ayam yang diternak secara organik adalah ayam yang diberi makan seperti ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol. Faktor permakanan juga adalah penyumbang utama kepada daya tahan ayam daripada serangan penyakit. Bermakna ayam organik adalah ayam yang hanya makan makanan yang organik seperti spirulina dan tidak memakan dedak.”



Walaupun belum ada cawangan dibuka di setiap negeri seluruh Malaysia , tetapi RFC mencatatkan rekod yang baik sepanjang tarikh pembukaannya dan berjaya membuka cawangan baru dari semasa ke semasa walaupun terdapat cabaran daripada pihak-pihak yang tak bertanggung jawab .


Jadi , kawan-kawan diluar sana , sesiapa yang berjiran dengan restoran RFC nih , anda boleh lah mula menyokongan produk yang segar , organic lagi halal nih . Tak perlu lah ke restoran franchais yang lain , sebab kerajaan menyeru kita supaya menyokong produk tempatan .


Maklumat lanjut anda boleh ke website rujukan HPA : http://duniaherbahpa.com/tag/radix-fried-chicken/


#Suitable for vegetarian


Kohalal




Kohalal adalah kedai yang menyediakan barangan halal buatan bumiputera . Produk yang dibekalkan adalah terdiri daripada pelbagai jenis termasuk produk tenusu , jus , frozen food , fertilizer dan sebagainya . Alhamdulillah , saya rasa inilah alternative kepada umat islam untuk mendapatkan makanan yang diyakini halal dengan mudah .


Maklumat lanjut anda boleh ke laman web kohalal sendirik : http://kohalal.com/



Sekian Selamat Maju Jaya……



Wednesday, January 5, 2011

Syu'ur KITA


Tulisan : Harith b. Roslizar

Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi di mana saja antum berada..

Aqidah Islamiyyah yang kita imani adalah mengenali Allah, membersihkanNya dan meninggikanNya. Dan bukanlah aqidah yang benar itu sekadar perbincangan di mulut, atau pun rekreasi minda mahu pun hafalan pada rukun2 tertentu.
Imam Hasan Al-Basri ditanya adakah kau telah beriman? Hasan Al-Basri reply jika beriman semudah beriman dengan 6 rukun, maka ya aku telah beriman. Tapi jika beriman sebagaimana Al-Anfaal ayat 2, maka aku tidak pasti dan hanya Allah yang tahu.
Tetapi aqidah yang benar yang kita imani perlu terbit dari interaksi sohih kita dengan Al-Quran, kalamullah. Bagaimana para sahabat ditarbiyyah jiwa dan keyakinan mereka dengan Surah2 Makkiyah agar tahu dan mahu pada Allah dan Hari AkhiratNya, begitu jugalah KITA perlu ditarbiyyah. Masakan aqidah yang benar boleh dibina tanpa pernah berinteraksi dengan Al-Quran.
Aqidah yang benar akan membuahkan perasaan (syu’ur) yang sahih. Bila ruh KITA diberikan makanannya yang fresh dan segar dari Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia pastinya akan hidup dan menjadi sensitif.
Maka adakah gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA berpaksikan jiwa yang hidup ini? Ataupun gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA timbul dek perkara yang sama yang membuatkan manusia tidak muslim gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat?
InshaAllah jika syu’ur KITA timbul dari aqidah yang benar, maka tiadalah lagi titisan air mata KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Tiadalah lagi sorak sorai KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Akan tetapi segala syu’ur yang muncul adalah kerana Allah dan RisalahNya semata! Bukankah ‘Aamul Huzun Nabi SAW kerana hambatan-hambatan yang berlaku dalam perjuanganNya?

Ikhwah dan Akhawat,
Bila aqidah yang benar mendasari kefahaman KITA, maka kefahaman akan menjadi somimah, keikhlasan akan menjadi solely untuk Allah, syu’ur akan muncul hanya kerana Allah dan amal akan berbuah dengan buah yang best sesuai dengan izin Allah.
Aqidah yang benar ini akan meninggikan himmah KITA dan mengqawiyykan iradah/kehendak KITA. Sehingga tiada lagi sempadan geografi, kekurangan masa, ataupun kelelahan jasad yang akan menghentikan derap langkah KITA.
Syu’ur KITA ini akan mengajak KITA untuk berenang ke Fiji Island mencari mad’u, menaiki bus dan ferri 8-9 jam untuk berhalaqah 2 jam, mengajak KITA berinfaq seluruh harta KITA di kala account menghampiri AUD 0.00 dan menyeru KITA untuk menyerahkan jantung2 KITA bila Allah mengizinkan.

Ikhwah dan Akhawat..Masih ingat apa itu Uzlah Syu’uriyyah? Inilah cara KITA mengurus perasaan KITA. Bukanlah dengan perasaan yang lain dan unique yang membuak2 dalam jiwa2 KITA ini, mengharuskan KITA untuk menyendiri di dalam gua dan bilik selesa. Ini hanyalah syok sendiri. Tetapi syu’ur yang benar ini ialah pabila KITA telah berada bersama dengan masyarakat, dan masih mampu memelihara syu’ur yang sama, bahkan lebih memantapkan lagi. Mafhum kata Nabi SAW, muslim yang baik adalah yang bergaul dan bersabar dalam bergaul (kerana masyarakat yang tidak mengerti). Yakhtalitoon wa laakin yatamayyazoon!

Ikhwah dan Akhwat yang dirahmati Allah,
Tiadalah semua ini KITA imani dan amalkan melainkan kerana syu’ur kita yang agung untuk mendapatkan cinta Allah dan JannahNya.
Teruskanlah bersyu’ur begini sehingga ia menjadi tumuhaat KITA!

‘Di hari tiada manfaatnya harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan membawa Qolbun Saleem ‘

Wallahul Musta’an..


Article from : Eraku Era Baru

Monday, January 3, 2011

Scientific Reality : Why does an iron have to be hot to flatten clothes ? ?

Heat weakens the chemical bonds between adjacent polymer strands in clothing fibres . The iron's weight forces them into a new shape . When the heat removed , the polymers rebond in this new position . For best results , the iron should be hot enough to disrupt the weaker cross-links without damaging the bonds within the polymer chains .


source: Knowledge Magazine (Asian Edition ) , Vol.2 , Issue 6 .

Friday, December 24, 2010

Lamma Nastasy'heed !!

Bila Kita Syahid !!




Tajuk macam syadid(berat) ~ Lalalaaa lalalalala lalalaaa



Bila ada perkataan 'syahid' , kadang-kadang ada orang yang sensitif . Dikatanya itu hal kedewasaan .



Puak-puak pro-amerika pula menyebarkan islamphobia dengan menisbahkan jihad dan syahid sebagai extremisms , ganas , tidak rational dan sebagaimana .



Namun , sehebat mana gambaran negatif yang dilontarkan oleh mereka yang TAK FAHAM , jihad dan syahid tetap mulia , unggul sebagai syiar yang tertinggi dalam Islam ...



Justeru , diluar sana ada tanah subur yang dijajah , dimana rakyatnya yang sebenar menyarung pakaian JIHAD dan pembelanya yang telah gugur memegang gelaran SYAHID.



kerana mereka yakin , JIHAD dan SYAHID itulah kunci untuk membebaskan tanah air mereka .



Benar ,



Syahid adalah hal kedewasaan .



Tetapi.......

bukan bagi mereka , kanak-kanak palestin ...





Kerana mereka kata ,

"Bila kita syahid , kita pergi ke syurga !!"



Kredit to :

1. Fuad Anuar

2. Unit Bahasa Arab JKK Pembangunan Minda dan Kendiri Permai

Monday, November 15, 2010

Kesatuan Islam Jalan Menuju Kemuliaan & Kekuatan

Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, 15-10-2010

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Sesuai dengan kehendak Allah SWT yang mencipta manusia mempunyai kecenderungan untuk hidup berkumpulan jauh dari sifat individualistik dan mengasingkan diri kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah manusia yang terikat dengan kehidupan secara berkumpulan. Sesuai dengan masa yang berlalu, hidup secara berkumpulan menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk menuju konsep baru yang dikenali sebagai kesatuan, agar orang yang mengasingkan diri tidak menjadi mangsa dari umat dan bangsa yang sejarah dan latar belakang pendiriannya adalah mengorbankan bangsa lain, dan umat Islam sedang berhadapan dengan bangsa-bangsa yang sangat memerlukan kesatuan ini. Oleh kerana itu kesatuan adalah jantung dari sebuah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)'

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebahagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak boleh tidur dan demam”. (Muslim)

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan lainnya”. (Bukhari Muslim).

“Kalian hendaklah berjamaah dan jauhilah dari perpecahan”.

Dunia Islam memiliki unsur kekuatan

Para pembuat peradaban Barat yang kini telah mengumumkan kemuflisannya dan memimpin umat manusia pada kebinasaan, sementara kita umat Islam memandang bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:

  1. Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.
  2. Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.
  3. Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.
  4. Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.

Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.

Seorang penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”

Ikhwan Muslimin dan kesatuan Islam

Agenda kesatuan Islam merupakan matlamat dakwah Ikhwan Muslimin yang tertinggi, bahkan ia merupakan tonggak utama dalam agenda kebangkitan ini. Justeru matlamatnya yang tertinggi adalah kesatuan seluruh umat Islam di pelbagai ceruk dunia dan menghidupkan kembali negara Islam raya mulai dari Ghana sebelah selatan hingga di bumi Afghanistan di sebelah utara.

Di antara petujuk utama didahulukan agenda kesatuan Islam dalam pemikiran Imam Al-Banna dan gerakan siasahnya adalah kerana perhatiannya yang mendalam terhadap isu membaiki hubungan antara mazhab-mazhab dalam Islam dengan kadar yang segera untuk membangkitkan sudut ini di medan Islam sehingga memberikan saham dalam pembentukan kumpulan yang mendekatkan mazhab-mazhab yang didirikan pada tahun 1948 di Kaherah.

Dalam Risalah Ta’lim Imam al-Banna, beliau berbicara tentang pemerintahan di negara Islam: “Dengan itu , supaya pemerintah dapat melaksanakan tugasnya sebagai pelayan bangsa, mendapat upah darinya dan bekerja untuk kemaslahatannya ”

Dalam risalah Muktamar Kelima dengan judul “Ikhwan dan nasionalisme, Arab dan Islam,” beliau berkata: “Bahwa Ikhwan Muslimin sangat mencintai tanahair mereka, dan sangat menekankan keutuhan dan kesatuan bangsa”.

Beliau juga menjelaskan bahwa gagasan Arab atau Liga Arab dalam kaca mata dakwah Ikhwan Muslimin mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan penting. Ini kerana orang-orang Arab adalah umat Islam pertama, dan tidak akan ada kebangkitan Islam tanpa kesatuan bangsa Arab dan perpaduan mereka. Beliau juga berkata: “Bahwa batas geografi dan pembahagian secara politik yang dilakukan oleh penjajah Barat terhadap Negara Arab tidak mempunyai apa-apa nilai dalam menyentuh kesatuan Arab dan Islam”.

Halangan dalam menuju kesatuan Islam

Di antara permasalahan dan halangan utama yang dihadapi dalam menuju kesatuan Islam adalah isu perkauman iaitu fanatik kepada kaum dan bangsa yang menghilangkan nilai kemanusiaan dan pendidikan sama sekali. Oleh kerana itu seseorang individu hidup dalam penyimpangan persepsi, ideologi dan nilai; di mana bahasa dan warna kulit dan keturunan sebagai neraca kemuliaan, dan mengenepikan nilai utama yang telah ditetapkan al-Quran dan hadith nabi saw:

“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang bertaqwa”. (Al-Hujurat:13)

“Tidak ada yang lebih mulia dari bukan Arab ke atas Arab kecuali taqwa”

Kemudian isu kesukuan atau etnik, yang mendedahkan kebodohan umat Islam dan menyuburkan pertikaian dan konflik etnik, sebagai alat kepentingan peribadi sehingga membakar api peperangan dan pertikaian yang tidak ada gunanya sama sekali.

Akhirnya .. Kerajaan yang kalah adalah kelompok pemimpin yang lemah di dunia Islam yang rela menekan para pejuang kerana melaksanakan strategi mengikut, melakukan penindasan terhadap gerakan rakyat yang mengingini kebebasan dan kemerdekaan, mengabaikan sumber kekayaan umat baik material mahupun spiritual. Sekalipun ada perubahan pemikiran pemerintah di hadapan para pejuang, namun mereka tetap mempamerkan sikap yang penuh dengan kezaliman dan permusuhan. Dengan itu seseorang pemimpin terpisah dari bangsanya sendiri, menghalangi anggota masyarakat meraih dan mencari asas kesatuan, iaitu kesatuan pemimpin dan yang dipimpin.

Bagaimanakah caranya mewujudkan kesatuan Islam?

Pertama: Kembali kepada agama Islam dan aqidah Islam

Pengalaman Islam yang telah ditempoh semasa Nabi saw dan Khulafa Rasyidin yang merakamkan sejarah kemanusiaan tentang kejayaan yang sangat menakjubkan dalam mewujudkan masyarakat yang satu dalam ideologi, perasaan dan tujuan. Islam telah muncul di tempat yang di belenggu berbagai konflik suku, ras dan kelas. Kejayaan yang dicapai Islam mampu mencipta masyarakat yang menolak adanya diskriminasi ras (putih dan hitam), diskriminasi kelas (tuan dan hamba) atau diskriminasi suku atau etnik (Quraisy dan kabilah lainnya), persaudaraan menguasai setiap anggotanya, ukhuwwah antara Muhajirin dan Ansar begitu kuatnya, lenyap semua pertikaian antara suku dan kabilah arab, dan berakhir pula era perhambaan dan fanatik jahiliyah, era terbelenggu dari tangan-tangan pemerintah kejam, bahkan pelbagai suku telah bergabung ke dalam kesatuan negara Islam, seperti bersatunya Bilal al-Habsyi dan dengan Suhaib Ar-Rumi, dan Salman dari Parsi dan saudara-saudara lainnya dari suku Quraisy.

Di samping itu aqidah Islam juga mampu menyatukan hat-hati umat dan membersihkannya dari berbagai kotoran serta menguasai berbagai titik tolak dalam tubuh setiap individu mahupun masyarakat, dan menundukkan umat serta berinteraksi dengan mereka, sehingga sentiasa berada dalam kebenaran yang nyata ketika menetapkan pendirian dan meninggalkannya, terpancar seluruh tenaga anak bangsa dalam memberi sumbangan, berkreativiti dan membangun; yang itu semua merupakan cara yang kukuh untuk mencapai kesatuan Islam yang sebenarnya.

Kedua: membangun pertubuhan dan institusi yang kuat dalam bidang keilmuan, ekonomi, pendidikan dan sosial di semua lapisan masyarakat.

Dunia hari ini hidup di era pakatan besar yang dimainkan oleh negara-negara besar, blok-blok ekonomi dan politik yang besar, dimulai dari Amerika Utara; ada blok ekonomi yang disebut dengan (NAFTA), dan blok Eropah dengan ( EU), blok Asia Tenggara dengan (ASEAN) dan Afrika yang mempunyai blok Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS).

Di tengah-tengah ruang yang mengelilingi dunia dengan berbagai pakatan besar ini terdapat umat Islam yang senantiasa bercakaran dan berpecah belah. Bahkan sungguh menghairankan di saat terjadi kesepakatan kesatuan ekonomi Arab pada bulan Mac 1957, pada bulan dan tahun yang sama terjadi perjanjian Rom antara enam negara Eropah yang melahirkan kerjasama pasaran bebas Eropah bagi menyempurnakan gagasan yang dinamakan EU pada tarikh 1/1/1933, iaitu setelah 36 tahun dari perjanjian kerjasama tersebut, sedangkan perjanjian Kerjasama Kesatuan Ekonomi Arab telah gagal untuk kekal di dunia nyata ini.

Oleh itu keadaan hari ini sangat mendesak untuk mengoptimumkan pertubuhan-pertubuhan besar Islam sedia ada seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab, dan menghidupkan kembali Kesatuan negara-negara Islam yang diasaskan oleh Erbakan di Istanbul pada tarikh 29/5/1990, sempena mengenang tarikh penaklukkan kota Konstantinopel yang bertujuan menjadi pagar bagi kesatuan Islam, jika tidak ada konspirasi Barat atau usaha untuk menghentikannya.

Ketiga: Sedar tentang konspirasi musuh

Pada tahun-tahun sebelumnya telah membuktikan bahwa musuh umat Islam terus bertungkus lumus membahagi-bahagikan daerah dan memperkukuhkan blok-blok dari negara-negara Arab dan negara-negara Muslim; sehingga menjadi negara-negara kecil yang berasaskan etnik, suku dan mazhab, iaitu dengan mengambil kesempatan dari konflik-konflik minoriti yang tercetus di serata pelosok dunia Islam, yang selalu melaungkan pemisahan dan kemerdekaan.

Bukti yang paling kukuh adanya konspirasi ini ialah seperti yang berlaku di Sudan hari ini; di mana kuasa antarabangsa mengikat tali di tengkuk negara Sudan, yang kadang kala menarik tali sehingga tersedak tengkuknya dan kemudian meleraikan ikatannya; untuk memulakan peringkat membahagikan ‘harta rampasan’ sesama kuasa-kuasa besar tersebut.

Semua petanda ini menunjukkan konspirasi yang disengajakan untuk memisahkan Sudan selatan dari utara melalui referendum yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2011 di bawah kesepakatan damai selatan yang ditandatangani antara Garang dan Bashir di Naivasha, Kenya, pada 09/01/2005. Sekarang kita menyaksikan pelbagai gerakan antarabangsa yang lebih luas yang diterajui Amerika Syarikat dan melibatkan PBB untuk mengesahkan pembahagian melalui referendum.

Justeru apa yang patut kita buat?!,

Umat dan para pemimpin Islam dituntut untuk mengambil berat terhadap konspirasi yang sangat berbahaya ini supaya Sudan tidak hancur, kemudian kita menangisi susu yang tertumpah, kejahatan yang menghendaki pemisahan dan akan ada yang mengiringinya iaitu pertumpahan darah.

Kesimpulannya

Bahawa kesatuan Islam memerlukan kemahuan yang tinggi dan usaha yang besar yang tak kenal erti penat. Benar kemahuan rakyat Jerman sangatlah kuat dalam merobohkan tembok Berlin dan menyatukan kembali dua negara dan bangsa Jerman, hidup dalam satu negara, di bawah satu bendera. Sedangkan di Palestin telah dibina dinding pemisah untuk mengukuhkan pendudukan dan perampasan tanah dan menghalang pembentukan negara Palestin. Namun kemahuan dan keperwiraan rakyat Palestine terus menerus melakukan perjuangan mampu merobohkan dinding pemisah dan mengembalikan negeri mereka, dan akan tiba waktunya untuk merobohkan seluruh dinding yang dibina oleh para pemimpin yang zalim dan sombong kerana kemahuan rakyat mengatasi keangkuhan mereka.

“Dan mereka berkata: Bilakah itu terjadi, katakanlah waktunya sudah dekat”. (Al-Isra: 51).

Artikel asal: Ikhwan Online
Terjemahan asal: Fikrah & Dakwah

Wednesday, November 10, 2010

Bicara Soal Agama

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya :"Orang-orang yang telah Kami berikan kitab itu mengenalnya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri . Sesungguhnya sebahagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran , padahal mereka mengetahuinya ." (al-Baqarah : 146)

Ayat ini benar-benar menyentuh kalbu . Sesungguhnya manusia itu , hati-hati mereka adalah milik Allah , pengetahuan manusia seluruhnya juga adalah dibawah pengetahuan Allah . Dalam Ayat ini , Allah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani sebenarnya amat mengenali Nabi Muhammad SAW . Hal ini kerana ciri-ciri kenabian dan sifat-sifat Nabi terakhir yang dijanjikan telah pun diceritakan dalam taurat dan injil . Jadi , orang-orang Yahudi dan Nasrani itu telah mengetahui Muhammad-lah Nabi yang dijanjikan itu . Namun , sikap menumbuhkan konflik kepercayaan . Hanya kerana ketaksuban yang kuat kepada ajaran nenek moyang melebihi wahyu tuhan , maka mereka menolak kenabian Muhammad .

Saya cuba memikirkan jika dua kelompok ini sejak dahulu lagi mengimani kerasulan Nabi Muhammad , sudah pasti dunia hari ini lebih aman dan tentu jumlah umat Islam akan lebih ramai . Namun , ketentuan Allah mengatasi segala-galanya . Segala yang terbuku dalam kitaran masa yang lalu atau diungkap sebagai sejarah telah pun dirancang oleh Allah azza wa jalla sejak penciptaan alam ini lagi . Allah mengetahui segala-galanya . Segala yang dirancang-Nya disulami hikmah dan pengajaran untuk umat manusia . Syurga itu bukannya mudah untuk dijejak , ia memerlukan penyerahan diri kepada Allah dengan jiwa dan raga .

Allah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah . Dengan keadaan fitrah ini , terdapat lorong-lorong untuk mereka yang tersesat mencari semula kebenaran yang hakiki mengenali Allah , Rabb yang mencipta alam semesta . Pada lorong-lorong ini , Allah menyediakan tanda-tanda (sign) sebagai rencah untuk mereka keluar daripada kegelapan ajaran yang menyeleweng kepada Islam yang benar . Selain daripada tanda-tanda pada penciptaan alam ini , Allah menjanjikan kehadiran golongan yang akan berdiri teguh dalam menyebarkan Islam yang dikenali sebagai pendakwah .

Pendakwah umumnya berperanan untuk menyebarkan Islam kepada bukan Islam serta dalam masa yang sama melakukan islah untuk memperbaiki fikrah umat islam itu sendiri . Oleh itu , pendapat bahawa kita langsung tidak perlu menyebarkan islam kepada bukan islam atas alasan umat islam itu sendiri masih lemah kefahaman islamnya adalah ditolak . Justeru , kedua-duanya perlu berjalan sejajar dan selari .

Namun , pada hari ini pendakwah bukan lagi berhadapan dengan mereka yang taasub kepada pegangan nenek moyang , tetapi pelbagai jenis lagi pegangan dan pemikiran yang mengelirukan .

Golongan pluralisme agama berpendapat bahawa semua agama adalah sama . Mereka berhujah bahawa semua agama membawa manusia kepada matlamat akhir yang sama iaitu ke syurga atau neraka . Mereka menolak pendakwahan kepada mana-mana agama secara spesifik . Bagi mereka , manusia bebas memilih mana-mana agama sebagai anutannya . Mereka melihat agama melalui lensa bahawa segala ajaran yang membawa nilai-nilai spiritual itu boleh diterima sebagai agama .

Golongan sekularis pula beranggapan bahawa agama adalah sesuatu yang asing daripada kehidupan . Pengabdian agama dalam kehidupan adalah satu masalah , satu trauma yang terguris dalam lipatan sejarah yang menjadi penghalang (barrier) yang mengeras di fikiran mereka . Justeru , bagi mereka cukuplah agama sebagai acara-acara ritual yang tidak perlu digandingkan dalam arus perdana (main stream) kehidupan seseorang .

Setelah dunia disaluti dengan pelbagai perangkaan teknologi berpaksikan sains , ramai yang kerapuhan akidah , longgar kepercayaan mengganggap teori golongan pluralisme liberalisme dan sekular ini boleh diguna pakai , seakan-akan sudah tidak ada yang mengganggu fikiran , segalanya beres dan selesai walaupun dalam keadaan menolak wahyu . Kemajuan dapat dicapai dengan sains , tanpa kongkongan wahyu . Walau dengan apa kepercayaan sekalipun hidup masih boleh diteruskan (life goes on ) seperti biasa . Namun , mereka silap...

Sebelum saya meneruskan penulisan , saya ingin mengingatkan bahawa tulisan ini bukan sengaja untuk membuat provokasi terhadap pecinta dunia , namun hanya mengajak kita berfikir sejenak akan sesuatu yang Islam sendiri menyeru kita untuk memikirkannya .

Mari kita merenung sejenak firman Allah ini ,

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati . Hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu . Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya . (ingatlah bahawa) Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan ." (ali Imran 3 : 185)

"...kemudian apabila sampai ajal mereka , tidak dapat dikemudiankan walaupun sesaat dan tidak dapat diawalkan walau sesaat ."( an-Nahl 16:61)

Saudara yang dikasihi Allah ,

Mereka yang sudah berjaya menghabiskan kajian Phd , boleh menceritakan pengalaman mereka bersusah payah , bergelumang dengan pelbagai detik , berusaha menyiapkan tesis-tesis dan sebagainya kepada kita .

Mereka yang pernah menjejak kutub utara , mampu menceritakan suasana-suasana , lanskap dan keindahan alam salji kutub utara kepada kita .

Untuk mengisi kekosongan hidup ini , kita boleh merujuk pelbagai sumber daripada mereka yang telah mengalami atau mempunyai pengalaman . Namun saudara-saudara sekalian.....

Lupakah kita akan alam yang akan menyambut kita selepas ini ?

Sungguh , mereka yang telah pergi , tidak mampu menceritakan detik-detik hidup mereka di sana . Kita tidak tahu apakah nasib mereka yang telah pergi dahulu meninggalkan kita . Apakah suasana-suasana yang mereka hadapi di bawah sana . Adakah ianya keharmonian taman daripada taman-taman syurga atau keperitan percikan api daripada Jahannam ?

Inilah kesilapan mereka yang menggenggam erat idealism golongan pluralisms agama dan sekularisme . Mereka menyangka segalanya dalam kawalan setelah bertuhankan sains dan kemajuan teknologi semata-mata . Bagi mereka , tidak ada yang menghantui fikiran (nothing to be bothered by) dengan mengecualikan saranan wahyu dalam kehidupan . Mereka terlupa bahawa detik kematian akan datang sebagai transisi ke dimensi alam yang seterusnya . Lupakah mereka , kematianlah yang akan menjadi persoalan yang merumitkan fikiran mereka kerana keluasan dan kebebasan kepercayaan yang mereka pegang selama ini tidak mampu menceritakan detik-detik dan peristiwa-peristiwa di alam kematian .

Lebih perit lagi , tidakkah mereka rasa tertampar apabila wahyu menjelaskan detik-detik hari kiamat yang dijanjikan Allah .

Mari merenung firman Allah ,

"Sudahkah sampai kepadamu berita tentang(hari kiamat)? Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina . (kerana) bekerja keras lagi payah . Mereka memasuki api yang sangat panas . Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas . Tidak ada makanan bagi mereka selain pohon yang berduri ." (al-Gashiyah : 1-5)

"Apabila langit terbelah . Dan patuh kepada Tuhannya , dan sudah semestinya patuh . Dan apabila bumi diratakan . Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong . Dan patuh kepada Tuhannya , dan sudah semestinya patuh." (al-Insyiqaq : 1-5)

"Dan bulan pun telah hilang cahayanya , lalu matahari dan bulan dikumpulkan" (al-Qiyamah : 8,9)

Di sini lah wahyu datang menyelamat . Dengan keyakinan pada wahyu , kita diberi pilihan dalam menentukan masa depan kita di alam sana . Hanya tinggal diri yang mahu meyakini . Bagi mereka yang yakin akan wahyu , detik-detik dan pengalaman kehidupan di alam sana diceritakan agar menjadi pengajaran yang bermanfaat .

Tanyalah diri kita , dimana agama dalam neraca hati kita . Jika agama diremeh-remehkan , persoalkan pada diri apakah perbuatan meremeh-remehkan agama itu mampu memberi jawapan tentang keadaan kita di alam barzakh kelak atau terdapat sumber lain yang boleh menceritakan detik-detik di hari perhitungan .

"Wahai orang-orang beriman , masuklah dalam Islam keseluruhannya , dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan , sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah : 208)

Dan janganlah kita jadi seperti orang-orang yang menyesal yang meminta untuk dikembalikan ke dunia sabagaimana diceritakan dalam surah as-Sajdah .

"Dan sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu), "Wahai Tuhan kami , kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan kebajikan , Sungguh , kami adalah orang-orang yang yakin ."(as-Sajdah :12)

Seterusnya , jika agama sudah diposisikan sebagai sumber rujukan dalam hidup , mengapa agama yang dipilih itu adalah ISLAM ? mengapa bukan selainnya ?

Jawapannya mudah , dan lebih jelas jika anda bertanya mereka yang Islam bukan melalui pintu keturunan . Tanya lah mereka yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam dan Islamnya mereka setelah melalui kembara yang panjang mencari kebenaran .

Dalam keadaan lesunya umat Islam melazimi syiar dan menjunjung syariat , serta propaganda islamphobia yang penuh prejudis , saya yakin tidak ramai antara mereka yang memeluk Islam disebabkan oleh kesempurnaan syariat dalam Islam yang dikaburi ummat islam sendiri .

Tetapi mereka mengakhiri perjalanan dan kembara mencari kebenaran setelah mereka menemui dan memahami kalimat yang satu ini .


Laa ilaha illallah , tiada Tuhan melainkan Allah !!

Kalimah ini mendiskribsi konsep ketuhanan yang tidak dapat ditemui dalam mana-mana agama kecuali ISLAM . Kalimah ini amat jelas untuk difahami dan padanya mengandungi kefahaman yang optimum untuk menghubungkan hamba dengan Pencipta . Kerana fitrah manusia itu memerlukan tempat bergantung , maka kalimah inilah solution kepada mereka yang kembali pada fitrah .

"Katakanlah :"Dialah Allah yang maha Esa , Allah lah tempat bergantungnya segala sesuatu , tidak beranak dan tidak pula diberanakkan , dan tidak ada sesuatupun yang setanding dengan-Nya "(al-Ikhlas :1-4)

Dengan memahami kalimah ini , akan lahir mereka yang cintakan Islam .
Dengan memahami kalimah ini , akan wujud kemanisan dalam beribadah .
Dengan memahami kalimah ini juga , akan lahir pemuda-pemuda yang beriltizam untuk menyebarkan Islam .

Persoalannya , adakah kita tergolong dalam golongan yang memahami ? Tepuk dada tanya iman .

Ya Allah tetapkan hati kami pada Agama kami....
Sekian.

Muhammad Syamil b. Dzulfida